A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 5

- 29 Oct 2021
18-05-2021

Pagi tu seawal jam 7.47 pagi aku dah punch in untuk kerja.
Bagus kan... sakit-sakit pun tetap semangat nak bekerja 😅

Buka laptop konon nak semak kerja tapi dah tak berdaya dah.
Tak mampu nak duduk lagi dah.. tenaga semakin lemah.
Aku terbaring je kat sofa tu..

"Maksu macam mana hari ni? Try call no kak bagi tu"

Jam 8 pagi kakak mesej remind untuk call orang klinik kesihatan.
Tapi aku tak respond mesej kakak tu.

Bukan setakat mesej daripada kakak yang aku tak balas, ada lagi
beberapa orang yang mesej bertanyakan keadaan aku, aku tak balas juga.

Agaknya disebabkan tiada balasan daripada aku, kakak ambil inisiatif terus
call 999 panggil ambulan untuk ke rumah aku.

Dalam pukul 9 pagi aku dapat call dari Kajang Plaza Medical Center
memaklumkan yang mereka terima call daripada kakak untuk hantar
ambulan ke rumah aku.

Kemudian KPMC mesej.. aku perlu mengisi details dan seterusnya membuat bayaran
sebanyak RM549 dan mesej diaorang semula resit pembayaran.

Emm.. terfikir andai kata waktu tu aku tak ada duit nak bayar,
agaknya ambulan tu pun tak datang kot kan?

So, ambulan sampai dalam pukul 12 tengahari.

Mesej daripada jiran depan rumah aku
Abang ambulan ketuk grill rumah bagi salam.
Aku jawab salam lepas tu cuba bangun nak buka pintu.

Ya Allah..!!

Tak boleh bangun dah.. tenaga macam dah zero..!! 😨

Aku terpaksa jadi sistur ngesot.. mengesot dari sofa menuju ke pintu.
Over 30 minit kot rasanya nak berjaya capai tombol pintu tu.
Struggle nak capai tombol sebab aku dah tak mampu nak berdiri.
Alhamdulillah aku dah ambil kunci rumah letak kat sofa sebelum tu.
Kalau tidak, rasa nya diaorang kena pecahkan pintu rumah kot untuk masuk.

Sebaik je berjaya buka pintu, dengan tenaga yang ada aku terus campak
kunci rumah pada abang ambulan. Dia yang tolong bukakan grill.
Aku sempatlah minta tolong dia ambilkan handphone dan purse.
Aku memang dah ready semua benda-benda tu kat sofa.

Dari pintu rumah nak keluar untuk naik atas stretcher pun ambil masa
over 15 minit rasa nya.. pada hal jarak nye cuma 3 tapak kaki je.

Dalam keadaan struggle nak naik atas stretcher tu, nampak beberapa orang berdiri
kat corridor rumah.. termasuk lah pak guard.

Kenapa mereka tak tolong?

Abang ambulan tu yang tak bagi.
Sebab masa tu, belum tahu lagi samada aku positif Covid-19 atau pun tidak.

Sebaik je dapat naik atas stretcher, laju je dia tolak masuk lif naik ambulan.
Masa ni Allah je yang tau betapa aku tak cukup nafas.. sesak sangat dada.
Dah rasa macam nak mati dah.
Naik je ambulan, abang tu terus pakaikan oksigen.

Sempat selfie dalam ambulan
Dalam tercungap-cungap tu sempat juga aku selfie.
Konon nak hantar gambar tu kat kakak nak bagitau dia aku dah naik ambulan.
Tapi tak jadi nak hantar.. aku dah tak larat sangat.
So, kononnya tunggu nantilah dah sampai hospital baru hantar.

Tiba-tiba...

"Cik, saya nak tidurkan cik ye. Cik mengucap sekarang ye.."

Aku mengucap. Sebelum tutup mata, aku nampak wajah arwah mak dan arwah ayah aku.
Lepas tu dah tak tau apa-apa dah...




To be continue...

dibaca
679
IMEJ RAWAK
Istana Topkapi, Istanbul
Perpustakaan Iskandariah, Alexandria
Di perkarangan Masjid Nandouya
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!