A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 3

- 29 Oct 2021
13-05-2021

Hari Raya Aidil Fitri

Untuk pertama kalinye aku raya sorang-sorang.
Sedih weiiii....!!!! 😭😭😭

Pagi raya video call dengan semua family.

Tapi aku tak boleh nak cakap sangat sebab batuk.
Badan tak sihat... jadi tak larat nak duduk lama-lama.
Rasa nak baring je tapi gagahkan juga diri sebab tak nak family semua risau.

Family tanya keadaan aku.. aku tetap jawab aku okay.
Family memang suruh pergi buat swab test.
Jawapan nya tetap sama

"Okay nanti acu pergi.."

Tapi hakikatnya tetap tak pergi juga 😔

Tahun ni tak ada hashtag OOTD Darling Pya.
Lepas ber video call, aku terus baring kat sofa.

Tapi sebelum tu sempat lah aku selfie sekeping gambar kat balkoni.
Whatsapp gambar tu untuk wish raya kat kawan-kawan.

Tiba-tiba masuk mesej...

"I ada gantung food sikit kat luar. Nanti u ambil tau."

Jiran depan rumah mesej. Dia gantung juadah raya kat grill.

Nampak makanan menyelerakan tapi aku tak lalu nak makan.
Sebab dah tau dah kalau makan pun tak ada rasa apa-apa.

Kembali terbaring kat sofa.
Kira nya Aidil Fitri pertama tahun 2021 ni dihabiskan dengan baring je 😢



To be continue...

dibaca
604
IMEJ RAWAK
Katedral St. Vitus, Prague Republik Czech
Pilanesberg National Park, Johannesburg
Muzium Kemal Ataturk, Ankara
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!