A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 2

- 29 Oct 2021
10-05-2021

Hari ni dah mula rasa tak larat.
Nak masak pun dah tak daya rasanya.

Masa ni teringin sangat nak makan KFC.
So, aku order makanan menggunakan Foodpanda.
Oh..! Aku tak puasa masa ni... hari kedua period.
Tu agaknya selera makan tu lain macam kot 😁

KFC sampai je terus hidang.. suap je masuk mulut

"Erk.. kenapa ayam KFC ni tak sedap???"

Suap lagi...

"Eh..!! Sama juga. Kenapa tak ada rasa ni??"

Ahh..!! Sudah..!!

Terfikir.. hilang deria rasa ni salah satu simpton Covid-19 ni.

Masuk dalam bilik.. cuba sembur perfume...

Tak bau...!!!!

Makna nya bukan setakat deria rasa takde tapi deria bau pun sama
Macam confirm kena Covid je ni.. 😨

Hari ini juga orang datang sanitize pejabat aku.
Bos arahkan seorang staf yang tiada dalam senarai contact rapat
pergi ke pejabat untuk pantau diaorang tu buat kerja.

Ni antara gambar proses sanitize yang dihantar ke dalam group whatsapp office..

11-05-2021 hingga 12-05-2021

Masa ni dah langsung tak makan.
Aku hanya boleh minum susu je.
Itu je lah sebagai pemberi tenaga untuk aku bertahan.

Batuk pun dah mula meriah. Badan pun dah makin panas.
Aku telan je panadol dan ubat batuk yang aku beli.
Walau pun dah macam tu, tetap juga aku tak pergi buat swab test 😥



To be continue…

dibaca
606
IMEJ RAWAK
Shopping di Silk Street
Masjid Sultan Ahmed atau Masjid Biru, Istanbul
Bangunan Parlimen, Budapest Hungary
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!