PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Ada Apa Dengan Siti Nurhaliza

- 26 Apr 2008
Salam semua....

Wah...ngata Siti ye?

Dulu masa Siti anak dara yg akhil baligh, menyanyi di serata pekan, tak sorang pun negur Siti untuk jaga aurat.

Semua kata Siti best, Siti best. Suara macam buluh perindu. Sampai penyanyi lain takleh cari makan.
Tak dengar langsung cacat celanya Siti.
Tanya anak2 tahap tadika nak nyanyi lagu apa?
lagu Siti Nurhaliza!
Tanya minah2 kilang lagu siapa nak dipersembahkan masa annual dinner?
lagu siapa lagi, jawabnya tentu lah Siti Nurhaliza.

Siti jadi duta itu dan ini. Sikit2 Siti. sikit2 Siti.
Ada yg tidur Siti makan Siti dan mandi pun Siti.
Malah dalam Siti Fan Club makcik 60thn pun jadi ahli....
bukan sorang dua....berpuluh. ......perghh! !!
Masuk peraduan 'Nyanyi macam Siti" lagi...
Dinding rumah penuh gambar Siti.
Kalau dapat bergambar dgn Siti,
gambar terima ijazah pun kena beri laluan....hehehehee!

Kalau buku majalah...cover girlnya Siti...
emmmm...paling lama setengah hari dekat newstand!
Atok, nenek pun beli!
Penerbit2 majalah berlumba2 ngambil Siti utk jadi covergirl sebab tahu Siti ada marketing appeal.
Siti ada attraction!

Tiba hari raya, pergi kedai kain baju,
jenama kain pun Siti Nurhaliza..
lambat beli tinggal dua ela, cukup buat sarung bantal aja.
Kain jenama penyanyi lain bolehlah recycle
utk raya tahun depannya. Nasib baik Siti
tak pakai seluar katok..
Tahu seluar katok tu apa?
Tanya orang Utara.

Tiba masa Siti mendirikan rumahtangga. ...
ada yg menangis, meratap. Kawan aku yg jadi pengumpul majalah yg ada gambar Siti selama belasan tahun
ambil cuti membersihkan rumah dari 'khazanah Siti'..

Mulalah sedikit demi sedikit mamat2 lalok Siti ni sedar,
bahawa sebenarnya ada kehidupan selepas Siti..

Dulu sebelum kawin Siti adalah public figure.
Lepas kawin masih lagi public figure
tapi privately owned!

Nah...semua org tahu suaminya Datuk K.
Segala tanggung jawab dari segi rumah, makan minum, pakaiannya tentu sekali suami Siti tahu menjaganya dan menanganinya. Datuk K suka Siti berpakaian begitu
dan bukan begini,
maka Siti tentu akan pakai begitu..
mana boleh engkar suami pakai begini.

Kalau Siti nak bergambar dengan siapa pun taklah salah.
Kalau tak pakai tudung pun jgnlah disalahkan Siti
Suaminya bukan takde bersama. Siti kalau kemana2 pun
tetap akan membawa suami bersama....
bukan macam sesetengah org tu...malu nak bawa suami. Kawin pun sorok2.

Aku harap janganlah nampak kesalahan Siti sahaja.

Kita sebenarnya diberi pilihan... nak cari kesalahan Siti atau kebaikan dan pencapaiannya? Pilih lah....

Banyak sangat komen yg tidak membina kareer Siti
mungkin akan mengakibatkan negara kehilangan kilauan
permata dalam dunia seni tanahair.

Aku sebenarnya bukanlah hendak sgt tahu kisah Datuk Siti Nurhaliza ni cuma aku rasa kita perlu memberi
Siti ruang dan kebebasan dalam menentukan arah tuju hidupnya sendiri apalagi selepas Siti telahpun menjadi
isteri tercinta Datuk K.


IMEJ RAWAK
Hi Tea with Tun Di Palace of The Golden Horses
Chiang Kai-shek Memorial Hall, Taipei
Di Perdana Leader Foundation
BLOG
3232
paparan
sejak 22 Ogos'19