A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Pancake Nutella Langkawi, Tanjung Rhu

- 13 Apr 2021
Kalau korang ke pantai Tanjung Rhu,
jangan lupa singgah ke gerai Pancake Nutella Langkawi.

Pancake yang dijual di sini ada 2 pilihan.. iaitu Nutella Pancake dan Banana Nutella Pancake.
Dan ada 4 pilihan untuk topping.. milo, nestum, oreo dan baby choco crunch.
Untuk topping tu option... kena tambah RM1 kalau nak letak topping.

Ini yang aku dan family try hari tu..

Banana Nutella Pancake + Topping Milo
Nutella Pancake + Topping Milo
Nutella Pancake + Topping Nestum
MasyaAllah..!!! Seriously.. sangat sedap..!!

Bila makan pancake Langkawi, terus teringat pancake kat Thailand.
Rasanya lebih kurang sama dengan pancake di Hatyai dan di Phuket.

Sumpah tak cukup satu... terpaksa kami order tambah lagi 😆

Oh ya! Selain pancake, kat sini ada juga dijual rojak buah.

Rojak Buah
Rojak buah pun sedap.

Dan ada juga dijual lokcing.
Ada pelbagai pilihan untuk lokcing ni.
Tapi kami cuma beli sosej cheese.

Meriah cheese nye
Tak susah pun nak cari gerai ni.
Terletak betul-betul depan perkataan Langkawi ni.

Ingat tau... kalau ke Tanjung Rhu, jangan lupa cari gerai pancake ni.
InsyaAllah tak mengecewakan perut korang 😁

dibaca
567
IMEJ RAWAK
Jam Gadang
Bangunan Parlimen, Budapest Hungary
Bergambar di Tian An Men Square
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!