A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Nasi Dagang Pak Malau, Pulau Langkawi

- 07 Apr 2021
"Kajang Pak Malau Kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Dagang Pak Malau dagang bertempat
Dagang hamba menumpang lalu..."

Akhirnya aku sampai juga ke kedai makan Nasi Dagang Pak Malau ni.
Selalu baca posting orang je pasal makan kat sini.

Apa yang best kat sini?

Nasi dagang lah.. tengok nama kedai pun dah tau kan? 😁

Ada pelbagai pilihan lauk untuk dimakan dengan nasi dagang ni.
Antaranya Ayam Kampung, Ayam Goreng Berempah, Ayam Gulai,
Daging Kerutub dan Ikan Gulai.

Sepatutnya ada kuih muih juga tapi masa aku pergi hari tu, yang ada cuma brownies je.
Aku tak pasti samada kuih dah habis atau aku datang awal sangat dan kuih belum ada.
So, aku ambil juga brownies yang topping nya coklat dan peanut butter.

Yang best nye lagi kalau makan kat sini, kita boleh menikmati permandangan sawah padi.

Boleh pilih nak makan kat dalam kedai atau nak duduk kat pondok yang disedikan di belakang kedai.

Ni pilihan kami hari tu...

Nasi Dagang Ayam Goreng
Nasi Dagang Gulai Ayam
Nasi Dagang Gulai Ikan
Nasi Dagang kat sini lebih kepada style Nasi Dagang Terengganu.. nasinya berwarna putih.
Sebab katanya resepi nasi ni daripada isteri Pak Malau yang berasal dari Kelantan tetapi dibesarkan di Terengganu.

Unik kaunter bayaran dia... siap tulis kat situ "Tukang Duit" 😁

Kedai Nasi Dagang Pak Malau ni dibuka dari jam 8 pagi hingga jam 2 petang.
Kedai makan ni tak jauh pun dengan Makam Mahsuri.

Jangan lupa singgah di sini ya kalau datang ke Langkawi 😊

dibaca
672
IMEJ RAWAK
Di dalam sebuah pasaraya yang menjual produk halal
Jam Astronomi, Prague Republik Czech
Di hadapan Bird Nest Stadium
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!