A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI (iDEC)
sofi
BM
EN

Laksa Ikan Sekoq, Pulau Langkawi

- 07 Apr 2021
Orang kata kalau datang Pulau Langkawi, mesti kena makan laksa kat sini.
Kawasan terkenal laksa ikan sekoq ni yang terletak berdekatan dengan Langkawi Airport.
Paling best, makan laksa ni sambil menghadap laut... kena angin yang sepoi-sepoi bahasa.
Perghh!! Memang layan dibuat nye..
Kebanyakan gerai laksa di sini memulakan perniagaan sekitar jam 12 tengahari.

Tapi hari tu masa pergi, ikan kembung nya dah habis... sedih juga lah.
Cuma dapat makan laksa tanpa ikan kembung.
Sebab kami pergi tu dah petang.. dalam pukul 5 lebih.
Hanya dapat makan laksa biasa je.

Laksa Utara
Tak suka makan laksa?

Jangan risau, menu lain pun ada dijual di sini.
antara nya ada Bihun Sup Daging Utara.
Bihun sup ni pun sedap.
Kena letak cili merah tu lebih, baru kaw pedas nye 😋

Bihun Sup Daging Utara
Selain tu ada juga Char Kue Teow, Rojak Pasembur dan juga Rojak Buah.

Char Kuew Teow
Rojak Pasembur
Rojak Buah
Kami juga order ABC yang menggunung ni.
Order semangkuk, share satu family 😁

Ais Batu Campur
Banyak oi... memang tak habis kalau nak makan sorang.

Sebelum balik, kami bergambar kenangan dengan tokey kedai.

IMEJ RAWAK
Di tengah Bandar Zhongli, Taiwan
Di perkarangan Masjid Nandouya
Monumen Tsunami Kuburan Masal Siron
BLOG