A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Kenny Hills Bakers, Bukit Tunku Kuala Lumpur

- 26 Jan 2021
Sebelum Selangor dan Kuala Lumpur dikenakan PKPB, aku sempat
keluar dengan Ain dating di Kenny Hills Bakers cawangan Bukit Tunku.

Kami sampai dalam pukul 1.15 tengahari.
Tengok barisan... aiyoook..!! Panjang nye 😅
Dalam 30 minit jugalah kami beratur sebelum dapat meja.

Tengok menu rasa teruja nak cuba semua.
Rambang mata kami nak memilih 😅
Sebahagian menu kat sini ada dijual mengikut waktu.

Contoh kalau kita datang pukul 8 pagi, tak semua makanan kita boleh order.
Ada makanan yang dijual bermula jam 12 tengahari.
Tapi ada yang dijual sepanjang hari.
Kat dalam menu ada tulis masa.

Ini pilihan kami untuk main course..

The Lafayatte
Salmon and Prawn Burger
Untuk air kami pilih...

Green Juice - epal hijau + timun + celery
Fresh Passion Fruit and Wild Organic Honey
Desserts pula kami pilih...

Peach Struddle
Pavlova
Tiramisu Cake
Oh mai..!!!

Makanan yang kami order tu semua sedap-sedap.
Peach Strudel tu memang "wajib" masuk list kalau korang peminat dessert.
Serius...!! Sumpah sedap, tak tipu.

And Tiramisu cake tu MasyaAllah so fluffy..!!
Aku tak boleh nak upload video pula kat sini.
Nak tunjuk cake tu fluffy sangat.

Kalau suka pavlova, korang kena cuba yang kat sini.
Selalukan orang buat pavlova ni manis je kan tapi kat sini
manis dia just nice... sedap!

Apa ni?? Semua sedap ni...!!! 😆
Korang kena datang sini untuk cuba sendiri.

Tapi aku ni tak boleh nak datang selalu.
Sebab harga nye harga kayangan sikit 😅

Lama juga kami kat sini.
Seronok makan dan melepak berbual macam-macam topik.
Sampai tak sedar rupanya dah petang.
Hampir pukul 5 petang baru kami bergerak keluar dari situ.

Highly recommended untuk dessert lover...!!!

dibaca
736
IMEJ RAWAK
AyaSofya, Istanbul
Jam Astronomi, Prague Republik Czech
Tangkuban Perahu Lembang
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!