A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Peknga Ikan Sekoq, Yan Kedah

- 19 Jan 2021
Warung Peknga Ikan Sekoq ni terletak di Taman Guru, Yan Kedah.
Tak susah pun nak cari sebab warungnya terletak di tepi jalan betul-betul dengan
simpang nak masuk ke Taman Guru tersebut.


Warungnya kecil je tapi ramai orang datang sarapan kat sini.
Pagi-pagi akan nampak kereta bersusun parking kat tepi jalan.

Menu lain juga ada dijual di sini selain daripada peknga.

Peknga tu apa?

Haa.. mesti ada yang tak tau peknga tu apa kan? 😉

Ni haa rupa peknga tu...


Ya.. lempeng. Lempeng kelapa.

Sebelah utara lempeng kelapa ni lebih dikenali dengan nama peknga.

"Pek..pek.. nga..
Tempek.. tempek.. dalam belanga.." 😁

Kalau di bandar, orang makan lempeng dengan sambal ikan bilis.
Tapi di Kedah memang famous makan lempeng dengan gulai ikan kembong.

Selain peknga, roti canai kat sini pun sedap.
Lembut gile roti dia. Tak cukup sekeping tau 😁

Nah... meja aku dan family hari tu.
Semua makan set peknga dan juga roti canai dan minum teh tarik.
Teh tarik dia biasa je. Tak pekat dan tak manis.. just nice.

Syok makan kat sini sambil menikmati permandangan sawah padi dan Gunung Jerai

dibaca
1039
IMEJ RAWAK
Masjid Nabi Daniel, Alexandria
Pantai Lampuuk
Pasar Chatuchak, Bangkok
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!