A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Restoran Rimba Rasa, Kedah

- 23 Dec 2020
Restoran Rimba Rasa terletak di Pekan Guar Chempedak
bersebelahan dengan stesen minyak Caltex di pekan tersebut.
Waktu operasi dari jam 5 petang hingga jam 11.30 malam.
Tutup setiap hari Khamis.

Restoran ni berkonsepkan hipster gitu.
Ala.. kegemaran anak-anak muda sekarang kan?
Tengok lah interior dalam kedai ni..
Aku suka lah.. simple dan nice 😊

Waktu aku datang ni kedai baru je buka sebab tu tak ramai orang.
Kalau datang waktu malam memang full house.

Kat restoran ni ada juga disediakan kemudahan surau, tandas
dan kawasan untuk anak-anak bermain.

Let's check it out apa yang aku dan family makan hari tu...

Chicken Grilled Carbonara Spaghetti
Classic Chicken Chop
Crispy Chicken Burger
Buttermilk Chicken Rice. Highly recommended untuk penggemar buttermilk chicken.
Buttermilk Chicken Spaghetti. Ni pun recommended. My favourite
Korean Chicken
Classic Meatball
Waffle with Ice Cream
Ni pula antara best seller minuman kat Rimba Rasa.

Yang mesti korang try ialah air Coffee Cube ni.

Masa waiter datang hantar makanan tu kan, aku terkejut tengok.

Ya ampun..!!!

Besar gile portion dia..!!

Tak habis pun makan.. terpaksa tapau bawa balik 😅

Lain kali kalau nak makan ni kena datang dengan keadaan perut yang kosong dan tengah lapar.
InshaAllah habis semangkuk tu 😅

Kawan-kawan yang tinggal di Kedah boleh lah cuba makan kat sini.
InshaAllah sekali datang pasti nak datang lagi.

Kalau kawan-kawan yang jauh tu tersesat berjalan ke Kedah
juga jangan lupa singgah makan di Restoran Rimba Rasa.
Highly recommended sangat
makanan sedap dan harga sangat berbaloi.

Kalau tak tahu nak datang jangan risau.. waze Rimba Rasa inshaAllah tak akan sesat.

dibaca
836
IMEJ RAWAK
Pantai Air Manis, Padang
Kilometer Nol, Pulau Sabang
Taipei Grand Mosque
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!