A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Klong Hae Floating Market, Hatyai

- 13 Nov 2020
Kalau ke Hatyai tapi tak pergi Klong Hae Floating Market, haishh.. orang kata tak complete lah.
Ini antara destinasi "wajib" ada dalam itinerary korang.

Perniagaan di sini bermula seawal jam 3 petang sehingga jam 9 malam
setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad. Haa... jangan dok pi hari lain pula.

Pelbagai masakkan simple seperti nasi goreng, mee goreng, sup, makanan laut, kueh-mueh, pelbagai minuman ringan dan lain-lain lagi boleh ditempah atau dibeli di sepanjang platform yang menempatkan lebih 50 buah bot yang berlabuh di situ.

Sementara itu, kemudahan tempat makan turut disediakan di kawasan sekitar dengan terdapat beberapa meja dan bangku kayu siap dengan peneduh daripada atap rumbia.

Antara makanan yang terdapat di sini dan yang kami cuba..

Popcorn. Sedap wei..!!
Mini Pancake Inti Kelapa. Sedikit manis tapi sedap.
Hot Dog Roll with stylish design.
Takoyaki
Pad Thai. Sedap..!!!
Aku lupa nama makanan ni
Colorful Desserts
Sushi
Ais Krim Kelapa
Air Oren dalam cawan tanah liat
Air Kelapa dalam buluh
Banyak lagi makanan lain sebenarnya.
Tapi perut dah full sebab sebelum tu kami semua dah buat food hunting
di Songkla Beach. So, kat sini kami just order yang ringan-ringan je.

Pendek kata, Klong Hae Floating Market merupakan salah satu syurga makanan
untuk food hunters macam aku 😁




dibaca
559
IMEJ RAWAK
Menaiki Cruise Di Madura, Perth
Boulders Beach - Home Of African Penguin
Hierapolis, Pamukkale
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!