A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Lembang FLoating Market, Bandung

- 11 Nov 2020
Kalau ke Bandung, antara tempat yang mesti pergi ialah ke Floating Market di Lembang.
Sama arah jalan ke Tangkuban Perahu.

Kenapa dipanggil floating market atau pasar terapung?

Kerana di sini penjual beurus niaga dari dalam sampan.
Sama je dengan pasar terapung di Hatyai atau Bangkok.

Jual beli di sini tidak menggunakan tunai.
Semua urus niaga menggunakan token.
Pengunjung perlu menukar token di kaunter yang disediakan di sini.

Kena habiskan token tu ya sebab token tersebut tidak boleh ditukar ke tunai kembali.

Pelbagai jenis makanan tempatan ada di jual di sini.
Untuk seorang #foodlover, memang rambang mata kalau datang sini.
Rasa nak cuba semua makanan yang ada kat sini 😅

Ini antara makanan yang aku cuba..

Nasi Impit Iga Goreng
Bubur Ayam
Pempek Kapal Selam
Ketan Hitam Durian
Rojak Buah
Jasuke (Jagung Susu Keju)
Bakso
Tauhu Bulat
Aku lupa nama makanan ni
Pisang Goreng Keju
Fuuh..!!! Semuanya enak banget..!!
Paling aku suka Nasi Impit Iga Goreng dan juga rojak buah.
Sumpah sedap..!!

Senyum lebaq oii.. sebab ceq suka semua makanan kat sini 😁

Kalau ada rezeki ke Bandung, make sure Floating Market Lembang ni ada dalam itinerary korang.
Dan pastikan korang pergi dengan perut kosong supaya dapat merasa pelbagai makanan di sini 😊

dibaca
648
IMEJ RAWAK
Hobbiton Adventure, Farmhouse Susu Lembang
Monumen Voortrekker, Pretoria
Frankfurt, Germany
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!