A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Mr. Dakgalbi, IOI City Mall

- 10 Nov 2020
Mr. Dakgalbi salah satu restoran makanan Korea yang ada kat IOI City Mall ni.

Terakhir aku datang makan kat sini bulan lepas dengan 2 orang anak saudara aku.

Memandangkan kami datang bertiga jadi, pilihan kami hari tu Dakgalbi 2 pax set plus.
Dalam set tu ada sepinggan nasi, sepinggan ramen dan sepinggan keju.

Set Dakgalbi tu akan dimasak oleh pekerja di situ

Mula-mula dia akan gaulkan semua bahan dalam kuali.
Bahan dalam tu terdiri daripada sayur kobis, ubi kentang, bawang dan isi ayam.

Kesemua bahan akan digaul sehingga sebati dengan sos.

Kemudian dia akan campurkan ramen.

Okay!! Dah ready untuk dimakan..!! 😋

Makanan tu boleh dimakan bersama kimci atau daun salad yang didatangkan sekali dalam set tu.

Bila dah habis makan ramen, nanti pelayan akan datang semula untuk masakan nasi pula.
Kami sengaja tinggalkan isi ayam dalam ramen tadi untuk dimakan dengan nasi 😁

Kemudian dimasukkan keju ke dalam nasi goreng ni.

Digaul sehingga sebati.

Tadaaaaaaa.... siap..!!

So nyummy..!!! 😋

Kalau tanya pendapat aku.. emmmm...
aku dah jatuh cinta dengan Mr.Dakgalbi ni 😁

Restoran ni dah termasuk dalam senarai restoran Korea kegemaran aku dah.
Sambil aku menulis entri ni pun dah kecur air liur aku.
Terbayangkan ramen yang sedap tu.. ahaks!!

Eh! Try lah.. insyaAllah tak menyesal 😁

dibaca
785
IMEJ RAWAK
Patung Presiden Nelson Mandela Terbesar Di Dunia
Dusun Bambu Lembang
Batu Ombak
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!