A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Dolly Dim Sum, IOI City Mall

- 10 Nov 2020
Suka makan dim sum?

Pernah makan kat Dolly Dim Sum?

Disebabkan baca review ramai yang cakap sedap dim sum kat sini
makanya, hari tu aku bersama dengan 2 orang girlfriends pergi makan
Dolly Dim Sum di cawangan IOI City Mall Putrajaya.

Nampak kedai ni kosong je kan?

Bukan tak ada pelanggan tapi kami ni sampai awal yang sebenarnya.
Hari tu memang dah niat nak sarapan di sini. Jadi, pukul 10 lebih
kami dah sampai kat IOI City Mall ni. Ingatkan kedai buka pukul 11.
Rupa-rupanya 11.30 macam tu baru dia buka. Sanggup tunggu lama
sebab dah memang berhajat nak makan kat sini 😅

Antara menu yang kami order hari tu

"Siew Mai" Dumpling - kombinasi udang, ayam dan cendawan yang di steam.

Siew Mai Dumpling
Spicy Szechuan Dumpling - Intinya isi ayam dan udang.
Diisi penuh.. padat dan sendat.. hehehehe
Makan pula dengan kuah yang rasa pedas-pedas manis.
Sumpah sedap!

Spicy Szechuan Dumpling
Dolly Mozza Roll - beancurd yang digoreng rangup.
Inti dalamnya udang dan mozarella cheese.

Dolly Mozza Roll
Radish Cake With Dried Scallops - radish cake dengan campuran udang dan
scallops yang dikukus. Rasa nya boleh tahan sedap juga.

Radish Cake With Dried Scallops
Chewy Meat Croquette - satu lagi menu yang aku suka.
Lain daripada yang lain sikit sebab yang ni berintikan daging.

Chewy Meat Croquette
Sweet Sour Beancurd Skin Roll - beancurd yang dihidangkan dengan
sweet plum sauce. Not bad! Sedap!

Sweet Sour Beancurd Skin Roll
Untuk minuman aku try Sweet Potato Milkshake.
Sedap la air ni.. first time aku try air sweet potato 😋

Sweet Potato Milkshake
Eh..!! Apa ni? Macam semua sedap je?

Okay betullah review orang, Makanan kat sini sedap-sedap.

Cuma....

A little bit pricey harga nye 😊

Tapi kalau sekali sekala nak makan apa salah nya kan?
Yang belum try, highly recommended untuk penggemar dim sum 😊

dibaca
782
IMEJ RAWAK
Jambatan Stanley, Alexandria
Jam Astronomi, Prague Republik Czech
Bangunan Parlimen, Budapest Hungary
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!