A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Biesmiellah Restaurant, Capetown

- 09 Nov 2020
Restoran Biesmiellah memang terkenal di kalangan penduduk local dan juga di kalangan pelancong.
Ia terletak di Bo-kaap Village iaitu sebuah perkampungan Melayu Capetown.
Pelbagai jenis makanan tempatan ada disajikan di restoran ini.

So, kesempatan diambil ketika berkunjung ke Capetown tahun lepas.
Dah set dah dalam fikiran, nak rasa makanan local kat sini.
Ye lah.. first time sampai kat sini kan.. so, kenalah cuba local food kat sini 😁

Antara makanan tempatan yang mesti kena cuba ialah Bobotie.

Bobotie
Bobotie (sebutan Boboti) adalah daging lembu yang dicincang dimasak dengan herbs dan spice kat sini. Kemudian dimakan bersama nasi berwarna kuning.
Tapi dalam gambar ni nampak warna oren pula 😅

Didatangkan sekali air asam tomato bawang, sayur kobis dicampur dengan carrot, bunga kobis
dan juga jeruk apa ntah.. lupa dah 😅

Rasa?

Kalau tanya pendapat aku rasa dia okay je.
Cuma mungkin orang Malaysia selera tekak kita nak pedas.
Jadi, kebanyakan ahli rombongan tak suka dengan Bobotie tu sebab rasanya manis 😉

Menu lain yang aku cuba ialah Pienang.
Pienang ni ialah daging lembu yang dipotong kiub dimasak kari yang pekat.
Dimakan bersama roti.. ala-ala roti canai gitu.

Pienang
Rasa?

Pun sama seperti Bobotie.. manis juga 😁

Aku agak mungkin masyarakat kat sini suka makan manis-manis kot.
Lebih kurang sama macam orang Pantai Timur.

Tapi kata orang Pantai Timur yang turut serta dalam rombongan kami ni
makanan di Cape Town ni lebih manis dari Malaysia.
So, korang boleh bayangkan sendiri lah ye manis nya macam mana 😁

Makanan lain yang mesti cuba ialah samosa, karipap dan chicken pie.
Yang ini ada juga rasa manis nya tapi tak lah semanis Bobotie dan Pienang.

Samosa, Karipap dan Chicken Pie
Air yang popular di restoran ni dan yang mesti dicuba ialah air Falooda
Air Falooda ni ala-ala smoothie.
Rasa dia sedap tapi sedikit muak sebab berlemak.

Foolada
Nah hai muka aku yang ketara penat (penat berjalan) tapi tersenyum bahagia sebab puas hati dapat merasa local food di Capetown ni 😁

Ni alamat dan lokasi Biesmiellah Restaurant.

IMEJ RAWAK
Monumen Tsunami Kuburan Masal Siron
Pantai Lampuuk
Wat Arun, Bangkok
BLOG
27021
paparan
sejak 22 Ogos'19