A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Nasi Kalut Jitra Mai, Shah Alam

- 04 Nov 2020
Beberapa kali dengar anak sedara aku bercerita.
Pastu pernah tengok kawan aku post kat Instagram.
Aduiii.. rasa memanggil-manggil untuk datang.

Nasi Kalut Jitra Mai terletak di Seksyen 7 Shah Alam
berjaya juga aku terjah besama dengan kakak dan anak sedara aku.

Unik kedai nye sebab kena makan bersila.

Tapi kalau rasa tak selesa nak makan bersila, boleh je duduk kat kerusi.
Deretan kerusi meja ada di sediakan di tepi kaki lima kedai.

Seperti biasa, nak masuk ke kedai kena ikut SOP.

Setiap hidangan nasi dah siap diletakkan telur rebus.
Tapi kalau kita tak nak, boleh je bagitau dia.

Pilihan lauk pauk yang ada. Pilih saja mana yang mau.
Tapi pilihan lauk dia tak sebanyak yang kedai nasi kandar lain.

Harga lauk pauk macam yang tertulis kat sini..

Paling famous lauk ayam goreng garing ni.


Sebab apa aku cakap famous?

Nah tengok.. sekali goreng.. haa... 7 kuali penuh tu...

Oh! Tak lupa juga.. kat sini pun ada kari kepala ikan.
Besar-besar kepala ikan nya...

Hari tu aku ambil lauk ayam madu.. kegemaran aku dulu kini dan selamanya 😁


Diaorang yang lain ambil lauk ayam goreng.

Ni deretan pilihan air yang ada di sini.
Air panas atau sejuk sama je harga nya.. satu gelas RM2.

Kalau tak nak makan nasi, boleh cuba rojak pasembor.

Aku dan kakak tapau bawa balik sebab nak rasa.

Eh..! Kalau malas nak turun, boleh drive thru je tau...

Drive kereta atau motorsikal berhenti tepi khemah tu.
Nanti akan ada orang datang untuk ambil order.

Puas hati dah dapat makan. Memang terbukti sedap. Kena le dengan selera tekak aku dan family.
Nasi sedap.. rojak pasembor tu pun sedap.
Tak menyesal datang jauh-jauh semata-mata nak makan Nasi Kalut ni.


IMEJ RAWAK
Di hadapan Bird Nest Stadium
Istana Montazah - Tempat Rehat Raja Farouk
Kebun Teh Rancabali Ciwidey
BLOG
27020
paparan
sejak 22 Ogos'19