A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Restaurant Halal Amin, Ho Chi Minh City

- 03 Nov 2020
Restoran Halal Amin merupakan satu lagi restoran halal
yang terletak di lorong Nguyen Ah Nihn.

Baca review kat internet, majoriti tulis makanan kat sini sedap dan murah.
So, malam tu kami dinner di sini sebab nak tahu betul ke apa yang orang tulis.

Kalau dibandingkan menu di Restoran Halal Amin dengan Restoran Haji Idris,
banyak lagi pilihan di Restoran Haji Idris.

Let's check it out apa yang kami makan..

Kami order Pho Bo atau keu teow sup daging.
Emm.. pada aku rasa sup ni not bad lah... sedap gak.
Harga semangkuk pho ni VND50,000 (RM9.15)

Pho Bo
Mee Goreng Mamak - haaa.. kat sini pun ada mee goreng mamak tau 😆
Walaupun hakikatnya tak sama dengan Malaysia tapi rasanya ok. Sedap juga.
Harga mee ni sepinggan VND50,000 (RM9.15)

Mee Goreng Mamak
Air semestinya kami cuba air kopi ais.
Harga segelas kopi ais ni VND20,000 (RM3.66).
Murah sikit daripada Restoran Haji Idris.

Satu lagi menu yang sedap kat sini ialah Laksa Thai.
Kawan Vietnam aku yang suggest kan menu ni.
So, korang kalau ke sana mesti cuba tau.

Sedap.. pedas.. pekat.. memikat 😁

Makan Laksa Thai tu kat tepi jalan je depan kedai kawan aku berniaga 😅

Kalau dibandingkan harga makanan antara Halal Amin dan Restoran Haji Idris,
murah lagi di Restoran Halal Amin ni. So, next time kalau datang sini
Restoran Haji Idris dah boleh keluar daripada list 😊

dibaca
632
IMEJ RAWAK
Kilang Kopi Kiniko, Tabek Patah
Kompleks Piramid Gyza, Cairo
Menaiki bot menyusuri Sungai Chao Praya, Bangkok
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!