A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Retaurant Haji Idris Ho Chi Minh City

- 02 Nov 2020
Kalau ke Ho Chi Minh dan tinggal di lorong Nguyen Ah Ninh
atau sekarang lebih dikenali dengan lorong Malaysia
mesti pernah nampak restaurant ni.

Restoran Haji Idris ni salah satu restoran halal
yang ada di bandar Ho Chi Minh ni. Sebelum ni kalau tak salah
aku yang menghuni lot kedai ni ialah Restoran Kampung Melayu.

Emm... mungkin dah tutup kot atau re-branding dengan nama
Restoran Haji Idris.

Ada banyak pilihan makanan kat restoran ni.
Terlupa pula aku nak snap gambar menu.

Ni yang kami order hari tu..

Nasi Lemak - Sambal dia sedap.
Harga sepinggan nasi lemak ni VND80,000 (RM14.64)
Oh ya! Masa pergi hari tu tukaran wang RM183 = VND 1 juta.

Nasi Lemak Ayam Goreng
Mai Ho Chi Minh gigih order nasi lemak kan?
Hahaha.. saja je nak makan nasi lemak Vietnam.
Aku rindu semua makanan sini. Dah hampir 3 tahun aku tak ke sini.
Sebelum tu 2 bulan sekali aku akan datang Ho Chi Minh.
Ibarat kampung kedua aku dah Ho Chi Minh ni 😁

Next menu.. Nasi Goreng Malaysia - not bad la rasa dia.
Harga sepinggan VND80,000 (RM14.64)

Nasi Goreng Malaysia
Nasi goreng Seafood - ni pun not bad rasanya.
Bahan sama je dengan Nasi Goreng Malaysia tapi warna je lain.
Harga sepinggan VND80,000 (RM14.64)

Nasi goreng Seafood
Lemon ais - menu tulis lemon ais tapi dapat limau ais 😅
Harga segelas VND25,000 (RM4.57)

Limau Ais
Pandan with milk - sedap!
Harga VND30,000 (RM5.49)

Pandan Milk
Kalau datang ke Ho Chi Minh tak lengkaplah kalau tak minum kopi Vietnam.

Kopi ais - kopi pekat dan tak manis sangat.
Segelas kopi berharga VND25,000 (RM4.57)

Harga kopi Vietnam ni kalau beli dalam kedai mahal sikit.
Kalau beli kat orang yang jual tepi jalan, yang berniaga guna motorsikal tu
harga segelas RM3 atau VND16,000.

Dan kalau dibandingkan dengan kopi peniaga motorsikal tu, aku lagi suka yang
dijual oleh peniaga motorsikal.

Makanan halal di Ho Chi Minh ni memang sedikit mahal.

Dulu masa aku dok ulang alik datang Ho Chi Minh ni, aku pernah berbual
dengan salah seorang peniaga makanan halal local.
Katanya bekalan bahan mentah halal memang mahal berbanding bahan mentah tak halal.
Sebab tulah harga makanan halal di sini dijual dengan harga yang agak mahal.

So, kalau korang first time datang Ho Chi Minh jangan terkejut tengok harga makanannya ya 😅



IMEJ RAWAK
Maiden's Cove
Bergambar di Forbidden City
Wat Arun, Bangkok
BLOG
27028
paparan
sejak 22 Ogos'19