A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Nasi Daun Pisang, Bangsar

- 02 Nov 2020
Korang pernah makan nasi daun pisang?

Aku selalu dengar cerita daripada kawan-kawan yang pernah makan.
Kata diaorang sedap.. tengok gambar yang ditunjuk pun mengiurkan.

Jadi, hari tu aku bersama dengan dua orang kawan ke Sri Nirwana Maju
yang terletak di Jalan Telawi 3 Bangsar.

Masa mula-mula tu, jakun sekejap.. tak pandai nak order.
Al maklum lah first time datang kan? 😅

Aku cakap terus terang je dengan waiter tersebut.. "tak pandai nak order".
Alhamdulillah dapat waiter yang baik yang nak layan pertanyaan kami.

So, taraaaaaaaa....!!!!

Ni hidangan dalam "pinggan" daun pisang aku.
Meriah kau..!! 😆😆

Paling aku suka, peria goreng.. sedap..!! 😋😋

Nasi daun pisang ni kena makan guna tangan baru syok layan.
Nikmat dia tu lain macam sikit.. hahahahaha

Rasa?

Two thumbs up aku bagi. Boleh datang lagi lepas ni.
Cuma satu masalah kat sini.. parking..!!

Tapi, kalau dah suka.. semua tu tolak tepi la kan.. 😅😅

See my happy face.. muka puas hati dapat makan nasi daun pisang 😁

dibaca
586
IMEJ RAWAK
Cotton Castle, Pamukkale
Frankfurt, Germany
Kings Park, Perth
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!