A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Restoran Hameediyah Nasi Kandar, Penang

- 01 Nov 2020
Dah lama aku teringin nak makan nasi kandar kat sini.
Kan katanya ni restoran nasi kandar tertua di Penang.

Restoran Hameediyah terletak di Campbell Street.
Tak susah pun nak cari restoran ni. Tepi jalan je.
Cuma parking la agak susah kalau nak parking dekat dengan restoran.

Dibuka setiap hari dari jam 10 pagi hingga 10 malam.
Tapi hari Jumaat dia tutup kejap antara pukul 1 hingga 3 petang.

Senarai menu yang ada di sini..

Selain menu yang disenaraikan dalam gambar di atas,
ada menu special yang ditukar setiap hari.
Ini menu special semasa aku pergi hari tu..

Tapi harga untuk menu-menu special tu kan.... Masya-Allah..!
Ceq mampu tengok je la.. hahahaha

Deretan lauk pauk yang menanti untuk dipilih...

Untuk penggemar kari kepala ikan.. besar gile kepala ikan nye..!
Kalau nak pilih tu, pilih lah ikut kemampuan nak bayar ye 😁

Sotong goreng apollo.. besar kan?
Yang dalam pinggan tu harga seekor RM60 😁

Udang dan ketam menanti untuk dipilih.
Besar-besar udang nye.. aku tak sure berapa harga.

Ni pinggan aku dan family 😁

Aku masih setia dengan ayam madu dan telur sotong.
Selalu aku ambil sayur kobis kalau makan nasi kandar
tapi kali ni aku pilih peria goreng.
Harga sepinggan nasi kandar aku ni RM26.40.
Ni nasi briyani suku je tau.. bukan penuh.
Tu pun tak habis makan 😅

Selain daripada nasi kandar, kat sini juga ada dijual murtabak.
Kalau tengok tagline "Best Murtabah In Penang"

Disebabkan tagline tu, maka kami pun order lah satu.
Bungkus bawa balik. Kami order murtabak ayam cheese.
Tapi sorry.. aku lupa ambil gambar 😅

Kalau tanya pendapat aku tentang nasi kandar di sini..
emmm.. aku lagi suka Nasi Kandar Pokok Ketapang di Butterworth.
Tapi selera tekak masing-masing tak sama kan?

So, kalau ke Penang.. boleh lah korang cuba sendiri 😊

dibaca
1336
IMEJ RAWAK
Cape Of Good Hope, Capetown
Dalam Tut Tut
Old Town, Frankfurt Germany
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!