A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

MyKori Dessert Cafe

- 16 Oct 2020
Pernah makan kat MyKori?

Aku baru first time makan kat sini 😅
Tu pun sebab anak-anak sedara aku ajak.
Aku makan masa aku balik ke Kedah hari tu.
Orang Kedah kalau nak cuba MyKori ni boleh lah ke Sungai Petani.

MyKori ni dessert yang berasal dari negara Jepun.
So, boleh feeling ala-ala kat Jepun bila makan ni 😆😆

Aku pergi beramai-ramai dengan family.
Seronok pergi beramai-ramai ni sebab boleh order berlainan jenis.
Jadi, dapatlah rasa macam-macam perisa.

Emm.. disebabkan baru first time nak mencuba,
nak mengorder pun tak berapa la nak pandai sangat.
Aku minta pendapat anak-anak sedara aku yang lebih advance daripada ceq.

So, ni antara yang aku dan family order

Mont Fuji Kakigori - antara best seller kat MyKori.
Yang putih atas tu charcoal cream.
Rasa dia tak manis sangat.. ada masam-masam macam yogurt.
Korek-korek kat dalam dia ada buah mangga dan strawberry

Mont Fuji Kakigori
Honeydew Kakigori - ini yang aku order.
Oh my! So sedap..!!! Aku suka..!! 😍😍
Ais yang rasa susu itu dimakan dengan buah frozen.. perfect!
Bila korek kat dalam ada nata de coco.

Honeydew Kakigori
Sepatutnya Honeydew Kakigori ni dihidangkan dalam mangkuk kulit buah honeydew.
Tapi disebabkan mangkuk kulit buah tu dah habis
jadi, dia hidangkan dalam mangkuk kaca.
Dapatlah diskaun 10% sebab guna mangkuk kaca.

Mont Mauve Kakigori - dia campuran buah berry.
Yang suka masam-masam buah berry tu boleh la cuba.
Atas dia ada whipped cream.
Yang ni pun antara best seller kat MyKori

Mont Mauve Kakigori
Milo Kakigori - sesuai untuk penggemar milo

Milo Kakigori
Mango Yogurt Kakigori - rasa mangga yang sebenar.
Signature kakigori juga yang ni

Mango Yogurt Kakigori
Chocoreo Kakigori - recommended untuk penggemar oreo.
Menggunakan biskut oreo, oreo crumbs dan sos coklat.

Chocoreo Kakigori
Thai Tea Kakigori - ais krim berperisa teh susu.
Topping atasnya ada whipped cream.

Thai Tea Kakigori
Apa benda kakigori tu?

Kakigori tu maksudnya ialah pencuci mulut.
Ais nya yang dikisar sama macam ABC.
Kiranya ni macam ABC Jepun lah.
Sangat sesuai lah dimakan waktu cuaca panas melenting 😁

Selain daripada ais kisar tu, ada juga makanan lain yang dijual di sini.
Antara snek Jepun yang kami cuba...

Adzuki Red Bean Taiyakie - rasa tepung luar yang crispy.
Kat dalam dia ada inti pes kacang merah.

Adzuki Red Bean Taiyakie
Chicken Slice And Cheese Taiyakie - kalau tadi inti kacang merah,
ini di dalamnya ada chicken slice dan cheese.

Chocolate Honey Smore's Toast - Oh my! yang ni sedap..!!
Bread toast di atasnya ada fluffy marshmallow.
Boleh pilih 2 jenis ais krim untuk topping.
Finishing dengan sos coklat dan madu... nyummy..!!!

Chocolate Honey Smore
Selepas dituang coklat dan madu
Kalau korang peminat bingsu (dessert dari Korea),
aku pasti korang mesti akan jatuh cinta dengan MyKori juga 😊

dibaca
1140
IMEJ RAWAK
Schoonbrunn Palace, Vienna Austria
Pigeon Valley, Cappadocia
Pulau Robben - Tempat Tahanan Nelson Mandela
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!