A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Korean Eggu Sandeuwichi Hanbing Cafe

- 15 Oct 2020
Dah beberapa kali lalu depan Cafe Hanbing di dalam IOI City Mall ni.
Setiap kali lalu mesti terpandang poster berwarna kuning ni..

Sumber dari FB Hanbingmy
Khamis lepas aku ikut kawan aku beli barang di Tesco.
Tapi sebelum ke Tesco, aku ajak kawan aku makan di Hanbing Cafe.
Kebetulan hari tu kami lunch awal. So, petang tu agak kelaparan sikit.

Belek punya belek menu, tak tau nak pilih yang mana satu.
Panggil adik waiter tu.. tanya dia mana yang selalu orang order.
So, kami pilih ikut yang dia bagitau.

Let's see apa yang kami makan..

Kawan aku makan Beef Bulgogi Sandeuwichi.
Aku cuit sikit. Rasa dagingnya not bad.
Cuma yang tak best nya, daging tu sedikit liat.

Beef Bulgogi Sandeuwichi
Aku pula makan Umami Sandeuwichi.
Atau dalam bahasa lain nya Octopus Sandiwch.
Memula rasa tu macam makan takoyaki.
Mungkin sebab ada fish flakes kat atas tu kot.

Umami Sandeuwichi
Untuk air kami order segelas Manggo Smoothie.
Order satu je sebab selalu nya air kami tak pernah habis minum pun.
So, baiklah kami share je.. jimat 😊
Itu pun tak habis minum gak...

Manggo Smoothie
Ni konon-konon nak gigit terus sandwich tu.
Tak sedar diri yang mulut tu tak luas bukaan nya 😅

Okay mengalah.. terpaksa potong dengan pisau.

Nampak macam kecil je tapi Alhamdulillah... kenyang...!!

Selain daripada beef dan octopus tu, ada lagi 5 pilihan lain.
Antaranya ialah Inkigayo Sandeuwichi, Korean Fried Chicken Sandeuwichi,
Tuna Mayo Sandeuwichi, Seafood Sadeuwichi dan Cheese Pull Sandeuwichi.

Okay next time datang nak try sandiwch lain pula 😋

IMEJ RAWAK
Golden Roof, Innsbruck Austria
Kedai yang menjual jade, batu permata dan mutiara
Rumah Tamu National Central University, Zhongli
BLOG
19286
paparan
sejak 22 Ogos'19