A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Restoran Al Diafah, Kajang

- 09 Oct 2020
Bila kakak aku minta aku carikan restoran yang sesuai untuk family dinner,
aku nak lah cari tempat makan yang sedap dan selesa.
Memandangkan family aku ni majoriti adalah penggemar nasi Arab,
terus terlintas difikiran aku Restoran Al Diafah.

Aku pilih yang cawangan Kajang sebab kat sini nak parking senang.
Lokasi pun strategik. Tepi jalan je.. berdekatan dengan Taman Kajang Putra.
Bersebelahan dengan Plaza Tol Sungai Ramal.
Cawangan lagi satu kat Seri Petaling macam susah sikit nak parking kalau kat situ.

Selepas dah dapat confirmation berapa orang yang boleh hadir, aku terus lah
buat reservation untuk kami sekeluarga.
Bila nak datang ramai-ramai ni tak berani nak walk in takut tak ada tempat.
To be safe, baiklah buat reservation dulu.

Menu malam tu kakak aku yang pilih. aku dan yang lain ikut je.
Kami semua ni jenis tak kisah.
Makan je apa yang terhidang depan mata 😁

Menu yang kami makan malam tu...

Mendy Chicken + Mendy Lamb with Mendy Rice
Kami order 2 talam. Tapi tak habis makan pun. Siap tapau dapat 3 bekas lagi 😅

Set nasi ni didatangkan sekali dengan air asam tomato dan sayur timun.

Royal Mixed Grilled
Royal Mixed Grill pun kami oder 2 set. Aku suka sangat set ni.
Dalam set ni ada ayam, lamb dan fries.
Kalau tak nak makan nasi, boleh lah order set macam ni.

Shawarma Plate
Kunafa
Aku memang suka kunafa kat Restoran Al Diafah ni.

Haa..! Amik kau.. dapat hongges tulang kambing terus hilang keayuan.
Ni kalau jodoh nampak, terus lari ni 😆

Alhamdulillah, suka sangat tengok semua orang happy dan kenyang.
Semua pulang dengan muka puas hati 😊

dibaca
815
IMEJ RAWAK
Mozart Wohnhaus, Salzburg Austria
Menaiki Cruise Di Madura, Perth
Shopping di Silk Street
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!