A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Canning Dim Sum, Ipoh

- 30 Sep 2020
Sebelum ni asyik baca je review orang pasal Canning Dim Sum ni.
Jadi, masa cuti hari Merdeka yang lepas,
anak sedara aku bawa aku ke Canning Dim Sum ni.

Kawasan luar kedai. Bersih dan kemas.

Ruang makan di dalam bangunan.

Ruang makan di luar bangunan.

Kami makan di luar sebab kat dalam penuh.
Sebaik je duduk, pelayan terus datang ambil order.
Tak payah tunggu lama.

Untuk dim sum yang special, kita kena oder dengan pelayan.
Kalau dim sum yang biasa-biasa tu, tunggu je pelayan datang.
Nanti dia susun pelbagai jenis dim sum dalam tray.
Kita pilih saja mana yang kita nak makan.

Ini antara yang kami makan hari tu...

Caviar Siew Mai
Sesame Shark Fin Mai
Crystal Shrimp Dumpling
Big Fish Ball
Fried Prawn Wantans
Smoke Duck Roll
Abalone Caviar Mai
Salted Egg Lava Pau
Chocolate Paste Lava Pau
Chicken Feet
Chee Cheong Fun Shrimp Roll
Aku minum kopi ais.
Peerghhh!!! Kaw betul kopi ais dia. Sedap..!!

Penutup nya kami order Ice Zong-Zi.
Perisa dragon fruit + black sesame.
sebagai pencuci mulut. Ala-ala mochi gitu.

Ice Zong-Zi
Dim sum kat sini semua sedap-sedap.
Alamat Canning Dim Sum kot-kot ada yang tersesat ke Ipoh:

Canning Dim Sum
1, Lebuh Cecil Rae, Taman Canning, 31400 Ipoh, Negeri Perak

Tapi paling mudah, waze je Canning Dim Sum.. InshaAllah sampai 😊

dibaca
895
IMEJ RAWAK
Model Angkor Wat
Kebun Teh Rancabali Ciwidey
Di dalam sebuah pasaraya yang menjual produk halal
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!