A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Ole-Ole Bali, IOI City Mall

- 23 Sep 2020
Hari tu aku ke Ole-ole Bali di IOI City Mall dengan Emi dan Aleya.
Dah lama aku teringin nak makan kat sini.
Kebetulan weekend hari tu Emi free so, kami plan untuk lunch di sana.

Kami sampai sana dalam pukul 11.30 pagi.
Orang masih belum ramai.
Tak payah beratur, terus je dapat meja.

Gambar Ehsan Google
Aku suka suasana restoran ni.
Terasa macam berada di Bali pula walaupun hakikat nya
aku belum sampai lagi ke Bali 😅

Memandangkan aku first time nak makan kat sini jadi, pilihan menu
aku serah kepada yang pakar lah.
Emi dah beberapa kali makan di Ole-Ole Bali ni.
Emi pilih 2 set.. satu ada ayam dan satu lagi ada daging.

Set pertama yang Emi pilih nama Bali Trio.

Bali Trio
Dalam set ni ada sotong goreng tepung, sate lilit dan kepak ayam bakar.
Disertakan dengan sambal terasi, sambal matah dan tartar sos.

Sotong Goreng Tepung
Sate Lilit. Serai dia besar gile 😅
Kepak Ayam Panggang
Set kedua yang Emi pilih namanya Iga Mepanggang.

Iga Mepanggang
Dalam set ni ada nasi, beef ribs bersama dengan kelapa bakar dan kuah kacang.

Beef Ribs
Kelapa Bakar
Keropok
Aku suka dengan beef ribs tu... sedap..! 😋

Kami tambah order 2 bekas nasi.

Comel kan bekas nasi ni?
Nasi ni kalau orang tak makan banyak, boleh share 2 orang.
Tapi kalau penggemar nasi, satu ni untuk sorang je 😊

Untuk air, kami oder tiga jenis air yang berlainan.

Green Apple Splash
Lemongrass Mojito
Roseship And Salted Plum
Happy dapat makan besar 😁

Hajat hati kekonon last sekali tu nak oder dessert.
Tapi.. Allah kenyang sangat dah. Perut padat.
Next time lah kita datang try dessert dia.

dibaca
771
IMEJ RAWAK
Schoonbrunn Palace, Vienna Austria
Kampus National Central University, Zhongli
Kompleks Piramid Giza, Cairo
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!