A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 9

- 09 Nov 2021
01-06-2021 hingga 16-06-2021

Bermula kehidupan aku dalam wad covid 7B.
Rutin harian dalam wad ni bermula jam 5 pagi.
Segerombolan nurse akan datang untuk tukar pampers,
tukar kain baju dan bersihkan pesakit yang tidak boleh bergerak.

Pukul 8 pagi sarapan akan diedarkan.
Kalau dalam wad ICU ada nurse yang bantu suap,
kat wad covid ni kenalah makan sendiri.
Pesakit ramai.. so, tak ada special treatment kat wad ni.

Kadang-kadang aku minta bantuan nurse atau Kak Faridah
untuk tolong bukakan bekas makanan dan cucukkan straw untuk minum.
Oh ya! Dalam wad ni makanan diberi dalam bekas pakai buang.

Tengok tangan aku.. bengkak dan lebam.

Ni antara sarapan yang aku sempat snap..

Lepas sarapan kena makan ubat pula.

Dalam pukul 9 doktor akan datang melawat setiap pesakit.
Setiap hari berlainan doktor yang datang.
Aku tengok doktor terus buat laporan menggunakan voice message
ke dalam group Whatsapp diaorang kot..

Selepas pada tu, waktu bebas.
Ada yang tidur, ada yang berbual, ada yang melakukan exercise,
ada yang mengaji atau membaca dan ada juga yang termenung tak buat apa-apa.

Aku biasa nya akan main spirometer ni.
Diberi oleh pegawai fisio untuk exercise paru-paru.

Tapi tak lama pun boleh main sebab semput.
Dalam 1 jam tu ada lah 3 kali macam tu
Penat main tu, aku tidur je.. hahaha

Atau pun buat dialisis.
Waktu buat dialisis ni, biasanya pegawai tu tak bagi aku banyak bergerak.
Sebab tapak dialisis tu di buat kat peha.
Kalau aku bergerak nanti mesin tu akan keluar error.
So, kena lah dok keras kejung selama 4 jam tunggu dialisis habis 😅

Setiap kali buat dialisis, aku akan tambah 1 beg darah.
Kata pegawai tu, buah pinggang aku tak boleh produce darah baru
sebab tu kena masuk darah lain dalam badan.

Masa dalam wad covid ni, 2 kali aku sempat buat dialisis.

"Kak, nanti doktor akan datang buka tapak dialisis akak"

Dah tak payah dialisis dah.. Alhamdulillah.
Doktor datang buka tapak dialisis pada 09-06-2021.
Syukur sangat-sangat.

Lunch diedarkan dalam pukul 12 tengahari.
Antara menu lunch aku sepanjang dalam wad..

Maksimun 3 sudu je yang boleh ditelan.. tak lalu nak makan.
Kadang tu langsung tak sentuh nasi dan lauk tu semua.
Aku cuma makan buah je.. ada masa aku minta buah lebih.
Kalau ada buah extra memang nurse akan bagi je.

Kemudian rehat lagi... apa lagi sambung tidur lah
atau pun main handphone.

Dalam pukul 4 petang datang lah minum petang.
Biasanya diberi biskut atau kuih.

Makan malam diedarkan jam 7 malam.
Menunya lebih kurang sama je macam menu lunch.
Kadang aku minta tolong Kak Faridah buatkan air susu panas.
Aku cicah biskut. Tak lalu dah tengok nasi.

Dalam wad, setiap 4 atau 5 jam sekali nurse akan datang
untuk check suhu badan, tekanan darah, level spo2 dan bacaan gula.
Setiap hari tak pernah gagal.

Kalau demam, dia akan bagi kita panadol.
Kalau kita ada sakit kat mana-mana bahagian badan
bagitau je diaorang, nanti diaorang akan inform pada doktor
untuk datang check.

Sebut pasal ubat, masa kat wad covid ni
aku perlu makan dalam 20 biji ubat.. pelbagai jenis.
Tapi ni hampir separuh kurang nya berbanding masa dalam wad ICU.

Setiap hari badan aku akan disuntik ubat untuk cairkan darah.
Doktor tak nak berlaku darah beku dalam badan.

Dalam pukul 8 malam macam tu, segerombolan nurse akan datang
untuk tukarkan pampers.
Kiranya dalam sehari, 2 kali pampers ditukar.
Tapi in between, kalau kita dah terberak boleh je minta tolong
nurse tukarkan.

Selepas tu dah tak ada buat apa-apa aktiviti.
Biasanya dihabiskan dengan berbual dengan pesakit lain.
Kak Faridah tu untung boleh kenal dengan ramai orang
sebab dia boleh bergerak. Macam aku ni, hanya mampu tengok je lah.
Kalau nak berbual pun hanya dengan pesakit yang berdekatan
dengan katil aku je.

Kalau bosan sangat aku video call dengan family atau kawan-kawan.
Tapi tak boleh lama sebab rasa semput bila banyak berbual.

Dalam pukul 1 atau 2 pagi, doktor akan datang untuk ambil darah.
Setiap hari kena ambil darah... paling sakit bila kena ambil
darah dekat urat nadi.. Allah..!! Sakit sangat 😣

Aku ni pula berbadan besar.. doktor susah nak cari urat.
Kadang-kadang 3-4 kali cucuk baru dapat ambil darah.
Setiap kali doktor cakap nak ambil darah, mulut dah
terkumat kamit zikir minta Allah mudahkan.

Selama dalam wad, kira ni lah yang paling azab.. huhuhu.

11 hari dalam wad covid, pada 12-06-2021 aku dipindahkan
ke wad post-covid 6B.. Alhamdulillah.

Rutin hariannya masih sama seperti di dalam wad covid.

Di sini aku mula diajar untuk bangun dan duduk berjuntai kaki di tepi katil.
Masa first time tu, mampu bertahan beberapa minit je.
Lepas tu tumbang... pening oiiii...!!!
Masuk hari ketiga atau keempat baru aku okay.

Kat wad ni juga, doktor benarkan untuk buka tiub kencing.
Boleh tahan pedih juga masa kena tarik tu 😅

Aku ada bagitau doktor, nak minta turun dari katil tapi doktor tak izinkan.
Kata doktor, badan aku belum ready untuk tu 😞

Kat wad ni almost setiap hari pegawai fisio datang.
Diajar light exercise untuk aku buat di atas katil.
Terutama exercise untuk kuatkan otot kaki.

Masa kat wad ni, Dr. Sa'ari; doktor pakar Rehab ada beberapa kali turun jumpa aku.
Tengok keadaan aku masa tu, Dr. Sa'ari suggestkan aku beli wheel chair.
Ia untuk memudahkan aku bergerak di rumah selepas discharge selagi aku masih belum boleh berjalan.

Pada 17-06-2021, Dr Sa'ari arahkan aku dipindahkan ke wad medical 8C.
Sepatutnya nak masukkan aku ke wad rehab tapi sebab takde katil kosong
so, aku ditempatkan sementara di wad 8C.



To be continue...

dibaca
448
IMEJ RAWAK
Perkarangan Sun Yat Sen Memorial Hall
Sun Yat Sen Memorial Hall
Farmhouse Susu Lembang
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!