A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 7

- 29 Oct 2021
19-05-2021 hingga 25-05-2021

Aku letak sini perkembangan diri aku sepanjang aku koma
yang di update oleh anak-anak sedara aku....

Sepanjang dalam ICU, setiap hari doktor akan buat video call
kepada kakak untuk update condition aku.

Kemudian kakak akan blast pada group family dan kepada pengarah aku
dan kawan-kawan yang mana kakak simpan nombor diaorang.
Kawan-kawan yang terima daripada kakak pula akan forward message
atau voice message kakak kepada kawan-kawan yang lain.
Habib atau Ainaa (anak sedara) akan update perkembangan aku kat Facebook.

Macam tu lah setiap hari sepanjang aku dalam wad ICU.

Untuk makluman, aku kena Covid-19 Pneumonia Category 5.
Kata doktor, masa first day aku sampai hospital,
spo2 level aku tinggal cuma 20%..
semua organ dalaman aku rosak..
dalam badan aku penuh dengan racun..
sampai doktor tanya

"Awak nak bunuh diri ke?"

Allah.. tak tahu nak jawab apa 😢

Mengalir air mata bila aku tengok semula video yang dirakam semasa doktor call kakak.

Ya Allah..!!

Macam tak percaya itu adalah diri aku.
Takut sangat tengok.
Dalam tak sedar, mengalir air mata.

"Maksu.. kak ni maksu. Dengar tak?"

"Maksu kena kuat. Kami kat sini semua ada dengan maksu.
kami semua doakan untuk maksu.."

Tu lah ayat yang kakak tuturkan setiap kali video call.
Tapi aku langsung tak bagi respond.
Sedih nye ya Allah 😢

Doktor kata paru-paru, buah pinggang dan jantung tidak menunjukkan
perkembangan positif. Cuma hati je yang memberi berita baik.

Melihatkan organ-organ penting tak memberi kerjasama yang baik
maka doktor beritahu family untuk bersedia "kehilangan" aku selamanya 😢

Kalau tak silap, hari ke-4 aku koma doktor dah mula buat dialisis.
Setiap kali dialisis, 1 pek darah baru akan dimasukkan ke dalam badan.
Doktor kata, buah pinggang aku tak boleh produce darah baru sebab tu
terpaksa tambah darah.

Family ada minta masjid dan pusat tahfiz untuk adakan bacaan Yassin
serta buat solat hajat pohon kesembuhan dan dipermudahkan segalanya untuk aku.

Selain daripada family... kawan-kawan sekolah, kawan-kawan semasa matrik dan
semasa di universiti juga mengadakan bacaan Yassin berjemaah melalui online.

Kelab Rekreasi pejabat aku dan pihak Sahabat Masjid UPM juga adakan bacaan surah Yassin untuk aku.

Aku juga dimaklumkan yang officemate aku membuat kutipan dan hasil daripada
kutipan tersebut, mereka agihkan kepada dua buah Pusat Tahfiz untuk mengadakan
solat hajat dan bacaan Yassin untuk aku.

Lebih mengharukan lagi, orang yang aku tak kenal seperti kawan-kawan kakak,
kawan-kawan anak sedara, kawan-kawan kepada kawan aku yang turut
mendoakan kesembuhan untuk aku.

"Acu bertuah. Ramai orang doakan acu. Kami belum tentu dapat apa yang acu dapat."

Allah... terima kasih semua.
Hanya Allah sahaja yang mampu membalas semuanya.
Semoga Allah merahmati dan memberkati hidup kalin semua.



To be continue...

dibaca
466
IMEJ RAWAK
Sun Yat Sen Memorial Hall
Kubu Sultan Qaitbay Alexandria
Galeri Swarovski, Innsbruck Austria
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!