A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

#Throwback My Covid-19 Journey :: Part 4

- 29 Oct 2021
15-05-2021

Dah mula cirit birit.. bertambah satu lagi simpton.
Bayangkan lah.. dah la tak makan, aku cuma minum je pastu cirit birit pulak.
Apa je lah yang tinggal dalam badan aku ni...
Harapkan air zam zam dan susu je sebagai pemberi tenaga.

Masa ni kalau buka apps MySejahtera, semua simpton yang disenaraikan tu
semua nya aku kena kecuali muntah..

Kiranya kalau tak pergi swab test pun memang dah boleh agak aku positif Covid-19
based on simpton yang disenaraikan...


16-05-2021

Badan dah semakin lemah.. dah tak ada tenaga dah.
Cirit birit makin menjadi-jadi tapi yang keluar nye cuma air je.

Anak sedara aku ada bagi nombor telefon Klinik Zahran.
Kata dia, staf klinik boleh datang buat ujian swab kat rumah.
So, aku pun call both nombor tapi tak ada orang jawab.

Aku mesej salah satu daripada nombor tu jawapan yang aku terima...

Aku mesej pula nombor yang diberi tu tapi tiada balasan.


17-05-2021

Again pagi-pagi aku mesej lagi nombor Klinik Zahran tu.
Sama macam semalam.. tak berjawab juga.

Jarak klinik yang paling dekat dengan rumah aku tak sampai pun 2 km

Tapi aku nak drive sendiri ke sana memang dah tak daya dah.
Nak minta tolong jiran atau family, aku tak berani.
Sebab aku dah rasa diri aku positif. Aku takut berjangkit pula nanti.

Hari ni batuk dah makin teruk.
Dada dah makin sesak sangat nak bernafas.
Aku baring mengiring kat sofa untuk mudahkan aku bernafas.

Malam tu kakak aku yang kat BTHO mesej bagi nombor telefon orang Klinik Kesihatan.
Kakak tak boleh nak datang.. kebetulan dia satu family kena kuarantin
sebab anak sulong dia positif Covid tapi tak ada gejala.
So, anak dia cuma kuarantin kat rumah je.

Tapi sebab dah malam kan so, aku cakap kat kakak esok aku call.



To be continue…

dibaca
745
IMEJ RAWAK
Situ Patenggang Ciwidey
Di hadapan Bird Nest Stadium
Masjid Rahmatullah
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!