A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Kluang Rail Coffee Station, Kluang

- 02 Nov 2020
"Cik, acu teringin nak makan kat kedai kopi Kluang Station tu."

Jadi, kesempatan diambil untuk singgah makan di sini semasa
aku ke Johor sebelum Selangor dikenakan perintah PKPB.
Ini kali kedua aku datang makan di sini.
Kali pertama datang tahun 2014 kalau tak silap.
Lama gile kan?? Hahaha

Gambar kedai tak ada sebab hujan jadi, aku ambil gambar
signboard stesen keretapi je. Tu pun snap dari dalam kereta 😁

Masa sampai tu, kedainya full house.
Terpaksa jadi pak pacak menunggu meja kosong.
Dalam 10 ke 15 minit juga lah berdiri kat tepi tu.
Sempat juga lah snap gambar sambil menunggu.

Menu yang ada kat sini...

Let's check it out menu yang kami order...

Kita closed up setiap menu ya..

Nasi lemak bungkus - walaupun ikan bilis cuma ada 3 ekor tapi sambal dia sedap.
Lontong - Sedap..!! Kuah nya cukup lemak dan pekat. Sambal pun sedap.
Bun majerin gula - bun yang dibakar disapu majerin dan ditabur gula.
Bun majerin kaya - bun yang dibakar disapu majerin dan kaya.
Cucur ikan bilis - cucurnya sangat lembut. Sos dia pun sedap.
Rojak tauhu - Sedap! Kuah kacang ni sedap. Yang ni aku suka sangat.
Ni menu yang aku teruja nak cuba.
Tengok pada nama aku curious nak tahu apa sebenarnya menu ni.
Sekali bila sampai rupanya laksa campur dengan kicap je 😅

Dry Law Xu Fen - laksa kicap
Dimakan dengan fish ball soup.

Ini pula air yang kami order.

Kopi Ais
Coco Dinasour
Honey Lemon Ice
Lemon Juice Hot
Nak ke sini senang je.. just waze Stesen Keretapi Kluang.
InshaAllah tak akan sesat punye 😊

dibaca
736
IMEJ RAWAK
Istano Basa Pagaruyung
Di hadapan Bird Nest Stadium
Kruger House Museum, Pretoria
BLOG
Jun 2008
Oh Ayah!!