A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
CIK SOFIYATUL SALMI BINTI ISMAIL
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
sofi
BM
EN

Izgara Cuisine, Bandar Baru Bangi

- 09 Oct 2020
First time try makanan kat Izgara Cuisine ni.
Bila google nak tengok menu, tak ada pula review pasal restoran ni.
Emm.. mungkin restoran baru kot.
Lokasinya berdekatan dengan Hospital An Nur dekat dengan Bangi Gateway.

Restorannya tak besar mana pun.

Restoran ni berkonsepkan Arabic dan Turkish cuisine.
Let's check it out apa yang kami order...

Set nasi Mendy dengan lamb curry.
Zoom sikit lamb curry nye...

Lamb Curry
Turk Doner Lamb Kebab
Syawarma Chicken Kebab
Turk Adana Chicken Kebab
Kalau kat restoran makanan Arab biasanya famous dengan air Barbican.
Kat sini ada air Malto.. ala-ala air Barbican juga.
So, kami try perisa Strawberry dan Limon atau Lemon.

Yang perisa strawberry sedap.. Limon tu masam sikit.
Dah nama pun lemon kan.. mesti lah masam.
Mana ada lemon yang manis kan? 😅

Kalau nak dibandingkan dengan air Barbican.. emmm.. aku lagi suka air Barbican.

Kat sini pun ada jual kek.
Masa kami pergi hari tu ada 3 jenis kek...
Red Velvet Cake, Carrot Cake dan Burnt Cheese Cake.
Malas nak pening kepala pilih, kami order ketiga-tiga sekali 😅

Carrot cake tu terlalu manis untuk aku.
Red Velvet sedikit keras dan kek nye kering.. tak moist.
Burnt Cheese Cake tu boleh lah diterima tekak berbanding yang 2 lagi tu.

Kalau boleh, gunalah pisau kek yang berlainan.
Kan dah comot Burnt Cheese Cake tu sebab ada bintik-bintik merah.
Dah macam kena demam campak je 😄

Overall makanan kat sini rasa nya not bad lah.
Boleh diterima oleh tekak aku dan kawan-kawan.

IMEJ RAWAK
Innsbruck Austria
Di Summer Palace
Kubu Sultan Qaitbay Alexandria
BLOG
19275
paparan
sejak 22 Ogos'19