A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
DR. SITI MARIAM BINTI MOHD NOR
PENSYARAH KANAN
FAKULTI SAINS
smariam
BM
EN

SELAMAT DATANG



Dr. Siti Mariam Mohd Nor telah belajar di sekolah tempatan sebelum melanjutkan pelajaran di dalam bidang kimia di Universiti Pertanian Malaysia (UPM) antara tahun 1992 dan 1996. Selepas bergraduat, beliau telah bekerja sebagai Guru Sains di Pusat Pengajian Matrikulasi, UPM sehingga tahun 2000, dan kemudian berpindah ke Faculti Sains Makanan dan Bioteknologi, UPM untuk tempoh 10 bulan dan seterusnya berpindah ke Faculti Sains sebagai Tutor. Pada tahun 2002 beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat doktor falsafah di University of Nottingham, United Kingdom dalam bidang sintesis organik di bawah seliaan Professor Gerald Pattenden FRS. Beliau dianugerahkan PhD pada tahun 2007 untuk tesis bertajuk 'Synthesis of cyclic peptides containing thiazole and oxazoline based amino acids'. Sekembalinya ke tanah air, pada tahun yang sama beliau telah dilantik sebagai pensyarah kimia organik di Jabatan Kimia, Fakulti Sains, UPM dan . Pada tahun 2010, beliau telah dilantik ke jawatan pensyarah kanan di jabatan yang sama.

Dr. Mariam menjalankan penyelidikan dengan sokongan Research university Grant Scheme (RUGS) dan Fundamental Research Grant Scheme (FRGS). Beliau telah memenagi pingat emas dalam Pameran Reka cipta, Penyelidikan & Inovasi (PRPI) 2009 bagi penyelidikan bertajuk 'Synthesis of azole-based cyclic peptides and a new approach towards didmolamides'. Pada tahun 2013, beliau memenagi pingat perak dalam Science & Technology Invention & Innovation Exhibition (SCITEX 2013) untuk projek bertajuk 'Aaptamine derivatives as potent antibacterial agents'.

Penyelidikan Sekarang:

1) Sintesis total Sebatian Bioaktif.
2) Pembangunan Metodologi Sintetik.
3) Sintesis Terbitan atau Analog Hasilan Semulajadi.
4) Sebatian Heterosiklik.
5) Peptida Siklik.