A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
YBHG. PROFESOR DR. RUSMAWATI BINTI SAID
TIMBALAN DEKAN (TESIS, HEP & MEDIA)
SEKOLAH PENGAJIAN SISWAZAH
rusmawati
BM
EN

Program Pemindahan Ilmu (Knowledge Transfer Program)

- 02 Aug 2021
LAMPIRAN 1 Latihan Integrasi Hijau dan Ekonomi
RINGKASAN EKSEKUTIF

Objektif utama projek dari Universiti Putra Malaysia ini adalah untuk mengisi
kelompongan pengetahuan dan perancangan dalam usaha menjadikan Negeri
Melaka sebagai Bandaraya Hijau menjelang 2020 selaras dengan hasrat kerajaan
Malaysia dalam membangunkan ekonomi hijau dengan pengurangan kadar intensif
Green House Gas (GHG) sebanyak 40%. Matlamat ini telah disambut oleh Kerajaan
Negeri Melaka di mana Kampung Pulau Semut yang ditadbir di bawah pentadbiran
Majlis Perbandaran Alor Gajah (MPAG) telah dijadikan kampung perintis bagi
merealisasikan matlamat ini. Dalam projek ini, pelbagai aktiviti telah dijalankan
bagi memindahkan ilmu pengetahuan tersebut. Ia termasuklah menganjurkan
program kesedaran, mengajar teknik dan aspek kehijauan, membangunkan sistem
perekodan dan laporan yang sistematik, memberi latihan penyediaan dokumen
Green Procurement dan memberi tunjuk ajar kepada MPAG dalam mendapatkan
akreditasi pengiktirafan Urban Environmental Accord (UAE). Selain itu, penggunaan
produk-produk berasaskan teknologi hijau seperti lampu jimat tenaga dan lampu
solar telah berjaya dipindahkan kepada pihak komuniti dan MPAG. Pengetahuan
tentang aplikasi konsep kitar semula seperti botol, tin, paip PVC dan lain-lain juga
telah dipindahkan kepada pihak komuniti dan MPAG untuk diamal dalam kehidupan
seharian. Menerusi projek ini, komuniti Kampung Pulau Semut dan MPAG bukan
sahaja dapat menjimatkan kos dan menjaga alam sekitar malah berjaya menyahut
seruan kerajaan dalam menjadikan Malaysia sebagai salah satu negara membangun
berlandaskan ekonomi hijau di masa hadapan.


Aktiviti yang dijalankan
dibaca
624
IMEJ RAWAK
THE NEW STRAITS TIMES PRESS (NSTP)
ARTIKEL
Komuniti Lestari Wadah Penting Pembangunan Negara_Melaka Hari Ini
Kampung Pulau Semut is the First Village Pioneering Green Community Program
Are Jobs Available in the Market? A Perspective from the Supply Side
Determining Factors Influence Out-of-Pocket Health Expenditure among the Low-Income Group in Malaysi
Measuring Mismatch Unemployment in the Malaysia Labour Market
International Expert Panel for Policy Paper with International Labour Organization (IL0)
UPM Cipta Sistem COPMOS Ukur Bilangan Tenaga Kerja Sektor Pembinaan
BLOG