A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
DR. RAHIMAH BINTI HAMDAN
PENSYARAH
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI
rahimahh@upm.edu.my
rahimahh
BM
EN

PROFESIONAL

Dr. Rahimah Hamdan merupakan pensyarah di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia (UPM), yang mengkhusus dalam bidang Kesusasteraan Melayu Tradisional dan Kajian Budaya Melayu. Bidang kepakaran beliau meliputi kajian sastera tradisional, pemikiran budaya serta warisan intelektual Melayu. Sehingga kini, beliau telah menerbitkan lebih daripada 58 makalah akademik dalam jurnal berindeks (CIJ dan bukan CIJ) yang menelusuri pelbagai aspek kesusasteraan dan budaya Melayu.

Antara sumbangan akademik penting beliau termasuk kajian terhadap autobiografi Melayu awal khususnya karya Munsyi Abdullah bin Abdul Kadir serta analisis peranan tokoh sejarah dan legenda seperti Hang Tuah dalam pembinaan identiti kolektif dan nilai-nilai budaya masyarakat Melayu. Kajian beliau turut merangkumi pendekatan kritikal terhadap pandangan kolonial terhadap budaya Melayu termasuk simbolisme keris dan naratif dalam sastera tradisional.

Dr. Rahimah aktif terlibat dalam jaringan penyelidikan antarabangsa, dengan profil akademik yang dikemas kini di ORCID, Google Scholar dan ResearchGate. Pada tahun 2024, beliau telah berjaya memperolehi geran penyelidikan antarabangsa daripada The Sumitomo Foundation (Jepun) dengan tajuk "Bridging Cultures Through Heroic Narratives: A Cross-Cultural Exploration of Heroism in Japanese and Malay Historiographical Texts". Kemudian pada tahun 2025, beliau telah terpilih menerima geran persidangan daripada Southeast Asian Studies Regional Exchange Program (SEASREP) Foundation, yang berpusat di Filipina.


Selain penglibatan dalam penyelidikan dan penerbitan, beliau turut aktif dalam advokasi kepimpinan wanita dan warisan budaya di peringkat global. Beliau kini memegang peranan sebagai Malaysia Country Chair bagi Culture & Heritage Wing dalam G100, sebuah rangkaian pemimpin wanita antarabangsa yang berprestij. Pada Jun 2025, Dr. Rahimah telah dijemput sebagai penceramah jemputan di Women Economic Forum- ASEAN (WEF 2025), untuk membincangkan isu budaya dan peranan wanita dalam kepimpinan serantau.

Beliau turut membentangkan kertas kerja bertajuk “Pakai Cara Melayu” dalam program Bicara Seni Budaya sempena acara Rentak Bertandak Antarabangsa Melaka 2025, bersempena pra-pelancaran Hari Pelancongan Sedunia 2025 dan Sambutan Ulang Tahun UNESCO, anjuran Kerajaan Negeri Melaka. Terkini pada Oktober 2025, beliau menerima pengiktirafan antarabangsa, "Women of Excellence in Academe" oleh United Nations Association of the Philippines (UNAP) bertempat di Manila, Filipina.
NAMA :
(Dr.) RAHIMAH BINTI HAMDAN
JAWATAN :
PENSYARAH
PTJ :
FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

DOWNLOAD CURRICULUM VITAE (PDF)
BIDANG PENYELIAAN
LITERARY AND CULTURAL STUDIES / MALAY LITERATURE


LATARBELAKANG PENDIDIKAN
2021
PhD (Kesusasteraan Melayu), UPM
1997
M.A. (UKM) Kesusasteraan Melayu
1996
B.A. (Hons) UKM Persuratan Melayu
PENGALAMAN KERJA
1999
Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM
1998
Institut Alam dan Tamadun Melayu, UKM
PENGAJARAN
The Malay-Panji Literature (BBK3313)
The Malay-Hikayat Literature (BBK 3310)
The History of Malay-Indonesian Literature (BBK3102)
Research Methods in Malay Literature (Undergraduate) (BBK3409)
Research Methods in Malay Literature (Post-Graduate) (BBK5201)
BIDANG PENGKHUSUSAN
Traditional Malay and Indonesian Literature, Malay and Indonesian Culture, Southeast Asia Literature and Culture
BIDANG PENYELIDIKAN
Malay and Indonesian Literature, South East Asian Literature, Malay and Indonesian
Culture, Gender Studies in the Malay World
PROJEK PENYELIDIKAN
2015
Perkembangan Corak Aliran Pemikiran Melayu-Islam Secara Kritis dalam Kesusasteraan (Fundamental Research Grant Scheme 2015) (Kod projek: 06-01-15-1602FR)(PROJECT LEADER- Fund RM60, 600) (ON-GOING)
2012
Wira Melayu-Islam dalam Karya Historiografi Melayu: Satu Pencarian Identiti Bangsa (RUGS-UPM 2012) (Kod projek: 06-02-12-1945RU)
(PROJECT LEADER-Fund RM 21,000) (COMPLETED)
2009
Gender Menurut Perspektif Islam dan Melayu: Satu Kajian Terhadap Karya Kesusasteraan Melayu Tradisional (FBMK/0702/JB103( (PROJECT LEADER-Fund RM5,000) (COMPLETED)

PENERBITAN
2024
The Two Way Relationship of Consolation in Malay Oral Narrative Delivery Values as A Medium of Education: A Case Study at Lembangan Sungai Pengkalan Datu, Kelantan
2023
Inclination of Keris Research Theme According to Colonial Scholars Perspective
2022
The Truth of The Facts in Syair Tenku Perabu Di Negeri Singapura Adanya
2020
Countering the Western Perspective of The Lazy and Stupid Malay Based on Malay Humorous Tales
2020
Perspektif Melayu Malas dan Melayu Bodoh oleh Barat Serta Kebenarannya berdasarkan Cerita Jenaka Melayu
2020
Winning the Hearts of the Malays: The Perspective of the Author of Syair Tuan Hampris Towards the Colonialists
2019
Guidance Behind Criticisms: The Good Parenting as Portrayed in the First Malay Autobiography
2019
The Captive Character of Abdullah Munshi in The Hikayat Abdullah
2019
The Code of Conduct (Adab) for Rulers in Two Malay Masterpieces
2019
Abdullah Munshi sebagai Watak Tertawan dalam Travelognya Kisah Pelayaran Abdullah
2018
Hang Tuah as a Malay Warrior from the Perspective of the Younger Malaysian Generation
2018
Abdullah the Priest and his Advice Based on the Al-Quran and Hadith
2017
Customs (Adab) of Governance as Depicted in Traditional Malay Literature
2017
The Ethics of Nurturing Children in Traditional Malay Literature
2017
Customs (Adab) of Governance as Depicted in Traditional Malay Literature
2016
The Emergence of Autobiography in Malay Literature
2016
'An Author's Relationship with His Audience': The Earliest Autobiographical Work of A Local Malay
2014
in Search of Happiness in a Malay Hero's Life
2014
Hero of Two Ages: Mohd.Said Sulaiman as the First Malay Autobiography Editor
2014
Gender Perspective in Malay Proverbs
2014
The Meaning of Female Passivity in Traditional Malay Literature