A
PROFILE
UPM's Staff Profile
PUAN NURUL HUDA BINTI YAHYA
PENOLONG PEGAWAI TEKNOLOGI MAKLUMAT
INFOCOMM DEVELOPMENT CENTRE (IDEC)
nurul
BM
EN

Menu Sarapan untuk Mengurangkan Lemak

- 03 May 2023
Telur akan membuat perut kenyang lebih lama dan merupakan sarapan sihat kerana mengandung banyak khasiat dan protein yang diperlukan tubuh. Bila diambil dengan kerap semasa sarapan akan menghilangkan lemak-lemak di perut.

Buah yang manis tak perlu menggunakan pemanis lain yang tidak diperlukan semasa diet (seperti gula). Buah juga kaya akan serat membolehkan pencernaan lancar dan mampu menghilangkan lemak perut. Jenis buah yang baik diambil untuk sarapan seperti betik, pisang, buah beri, pear, atau anggur. Berdasarkan kajian, pengambilan blueberry secara kerap mampu membuang lemak perut dan membantu berat badan turun lebih cepat.

Bijirin seperti roti gandum, oat, kekacang adalah makanan untuk diamalkan semasa diet. Biji-bijian, oat, kekacang mampu membakar lemak sekaligus tidak berisiko menghidapi diabetes. Selain itu, protein pada bijirin mampu membuat perut kenyang lebih lama.

Bersarapan dengan smoothie, yogurt, atau buah potong akan lebih baik bila dicampur dengan chia seed. Kecil namun bermanfaat, chia seed bekerja sebagai pembakar lemak pada tubuh. Selain itu, kandungan omega 3 berpotensi membantu menurunkan berat badan. Bukan hanya untuk menu diet, chia seed juga baik untuk kesihatan usus.

read by
480
RANDOM IMAGE
SIM 2019
Kuala Lumpur District Race
LATEST ARTICLE
Cara-cara "Authorize" Apps UPM untuk Platform iOS
Tanda-Tanda Kucing Nak Melahirkan Anak
JAMUAN RAYA iDEC
LATEST BLOG