Lawatan Penanda Aras EKSA iDEC ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ)
- 10 Aug 2026

Satu lawatan penanda aras Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) telah diadakan oleh delegasi gabungan daripada Kolej Pendeta Za'ba (KPZ) dan Pusat Pembangunan Maklumat dan Komunikasi (iDEC), Universiti Putra Malaysia (UPM) ke Majlis Perbandaran Kajang (MPKJ). Lawatan ini bertujuan untuk mempelajari amalan terbaik, strategi pelaksanaan, serta kaedah kelestarian budaya kerja kondusif yang telah berjaya dipraktikkan oleh MPKJ sehingga memperoleh pensijilan EKSA bertaraf Baik dan menuju ke arah Cemerlang.


Secara keseluruhannya, Lawatan Penanda aras EKSA ini telah memberikan impak dan cetusan idea yang sangat bernilai kepada delegasi KPZ dan iDEC UPM. Gabungan pengurusan kolej yang kondusif serta sokongan prasarana ICT yang sistematik bakal memantapkan lagi persediaan amalan EKSA di PTJ masing-masing. Pihak delegasi merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada MPKJ atas kesudian menerima dan berkongsi acuan kejayaan mereka.
Gambar dari Facebook MPKJ