A
PROFILE
UPM's Staff Profile
PUAN NORHAYATI BINTI RASMI
ASSISTANT INFORMATION TECHNOLOGY OFFICER
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
norhayati.rasmi@upm.edu.my
norhayati.rasmi
BM
EN

Sesi Bual Bicara Kedaulatan Data Pemacu Kecerdasan

- 01 Dec 2025
Sesi ini menekankan bahawa kedaulatan data bermaksud keupayaan sesebuah organisasi atau negara untuk mengawal, melindungi dan mengurus data sendiri secara selamat. Data bukan sekadar maklumat, tetapi menjadi asas kepada pembuatan keputusan, keselamatan, inovasi dan pembangunan teknologi kecerdasan buatan (AI).

Secara keseluruhannya, sesi ini membawa mesej bahawa “data ialah kuasa” dalam era digital. Pengurusan data yang baik bukan sahaja membantu meningkatkan kecekapan organisasi, tetapi juga penting untuk keselamatan negara, ekonomi, sekuriti makanan, inovasi dan pembangunan AI.

Untuk memastikan kedaulatan data, Malaysia perlu membangunkan infrastruktur digital yang selamat, tenaga pakar yang kompeten, dasar perlindungan data yang kukuh serta kerjasama erat antara akademia dan industri.

read by
314