PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK NOOR MOHAMAD BIN SHAKIL HAMEED
PEGAWAI TADBIR
BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT
nmohd77
BM
EN

KADAR JENAYAH DI MALAYSIA

- 12 Sep 2008
1. SEBAGAI RAKYAT BIASA AKU SEMAKIN RISAU TENGOK LAPORAN DI TV DAN AKHBAR TEMPATAN, SETIAP HARI ADA JE KEJADIAN JENAYAH BERLAKU DI SELURUH NEGARA.

2. ROMPAKAN, PEMBUNUHAN, ROGOL, RAGUT DAN YANG SEWAKTU DENGANNYA MCM DAH DA JADI RUTIN PULAK KAT BERITA DENGAN AKHBAR.

3. BERITA SEMLM MELAPORKAN PEKERJA ASING DARI INDONESIA YANG PALING GANAS DAN BERBAHAYA.

4. INILAH HARGA YANG PERLU KITA BAYAR BILA KITA SEMAKIN MAJU KE HADAPAN.

5. KEMAJUAN EKONOMI KITA MENARIK MINAT WARGA INDONESIA, INDIA, NEPAL, BANGLA DAN SEBAGAINYA BERPUSU2 DATANG KE MALAYSIA UNTUK MENCARI REZEKI.

6. RAKYAT KITA PULAK SEMAKIN RAMAI YANG MENGGANGUR DAN ADA YANG MENUDUH RAKYAT KITA MEMILIH PEKERJAAN.

7. MUNGKIN ADA BETULNYA TAPI HAKIKATNYA PENGALIRAN KELUAR WANG SEMAKIN RANCAK.

8. BILA DAH RAMAI ORANG ASING, PELUANG UNTUK PERLAKUAN JENAYAHPUN MAKIN TINGGI. YANG JADI MANGSA RAKYAT TEMPATAN JUGA.

9. TAPI PADA HAKIKATNYA NEGARA KITA MASIH MEMERLUKAN TENAGA KERJA ASING INI UNTUK MEMAJUKAN PELBAGAI SEKTOR EKONOMI SEPERTI PEMBINAAN DAN PERLADANGAN DI SAMPING SEBAGAI PEKERJA RESTORAN DAN PEMBANTU RUMAH. SUSAH ORANG KITA NAK BEKERJA DALAM BIDANG INI.

10. SO NAK TAKNAK KITA SEOLAH2 TERPAKSA TERIMA HAKIKAT DAN MENYEBABKAN KITA SENDIRI TAKUT DI NEGARA KITA.

11. KITA TAKUT BILA MEMIKIRKAN ANAK2 KITA BERMAIN DI LUAR, PERGI KE KEDAIA/SEKOLAH, ISTERI DAN KELUARGA PEREMPUAN YANG LAIN PERGI BALIK KERJA.

12. APAKAH INI SEMUA INDIKATOR BAHAWA NEGARA KITA SEMAKIN TAK AMAN?

13. MUNGKIN AGAK KETERLALUAN BILA DIKATAKAN TAK AMAN KERANA ORANG AKAN SIMPLY BANDINGKAN DENGAN NEGARA YANG SEDANG DILANDA PEPERANGAN APABILA MEMBICARAKAN TENTANG KEAMANAN.

14. MEMANG KITA TAK PERANG TAPI JENAYAH YANG BERLAKU NAMPAKNYA MAKIN TERUK DAN MENAKUTKAN.

15. KERAJAAN DAN PIHAK BERKUASA PERLU SEDAR DAN BUAT SESUATU DENGAN SEGERA UNTUK MENGEMBALIKAN SEMANGAT DAN KEYAKINAN ORANG AWAM.

16. SEMOGA ALLAH MELINDUNGI NEGARA KITA DARI SEGALA JENIS MALAPETAKA, BENCANA ALAM DAN JUGA JENAYAH YANG SEMAKIN BERLELUASA. AMIN.

BLOG
811
paparan
sejak 22 Ogos'19