PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK NOOR MOHAMAD BIN SHAKIL HAMEED
PEGAWAI TADBIR
BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT
nmohd77
BM
EN

BONUS

- 11 Sep 2008
1. ALHAMDULILLAH KERAJAAN SETUJU NAK BAGI BONUS SATU BULAN GAJI ATAU MINIMA RM1000.00 UNTUK SEMUA KAKITANGAN AWAM.

2. RASANYA KURANGLAH SIKIT BEBAN STAF KERAJAAN TERUTAMANYA YANG BERPENDAPATAN RENDAH DENGAN BILANGAN AHLI KELUARGA YANG RAMAI MENJELANG AIDILFITRI NI.

3. DENGAR CERITA UPM NAK BAYAR GAJI AWAL. DESAS DESUS MENGATAKAN MUNGKIN SEAWAL 22HB NI.

4. BAGUS SANGATLAH KALAU DAPAT AWAL, WALAUPUN PELUANG UNTUK HABIS CEPAT TU CERAH TAPI DAH MENJADI SATU KEPERLUAN MENJELANG RAYA NI KENA SHOPPING MACAM2 TERUTAMANYA PAKAIAN UNTUK ANAK2KAN. TAKKAN LAST MINUTE BARU NAK BELI SEMUAKAN.

5. CUMA BERINGATLAH SEMENTARA ADA DUIT TU PERLU BERJIMAT SIKIT. SEKARANG BUKAN HARGA MINYAK JE YANG NAIK SEMUA BARANGPUN NAIK HARGA.

6. BARANG YANG TIADA KAITAN DENGAN MINYAKPUN NAIK HARGA DENGAN MENDADAK. ALASAN YANG PALING SIMPLE DAN MENYAMPAH NAK DENGAR IALAH, SEMUA BARANG ITU DIANGKUT DENGAN PENGANGKUTAN YANG MENGGUNAKAN MINYAK ATAU DALAM LAIN PERKATAAN KOS PENGANGKUTANLAH TU.

7. KESUDAHANNYA KITA JUGA YANG MENANGGUNG BALANYA APATAH LAGI ORANG KAMPUNG YANG TIDAK MEMPUNYAI PENDPATAN TETAP.

8. KESIAN BETUL NASIB SETENGAH ORANG KAMPUNG. BILA BALIK KAMPUNG DAN BERPELUANG DAPAT BORAK DENGAN MEREKA, PELBAGAI RINTIHAN DAN KELUHAN MEREKA LUAHKAN. APAKAN DAYA AKU NI BOLEH DENGAR JE TAK DAPAT NAK MEMBANTU APAPUN. AT LEAST KITA MENJADI PENDENGAR YANG BAIK.

9. SO BAGI YANG DAPAT BONUS INGAT2 SIKIT MASA BERBELANJA.

10. SELAMAT BERSHOPPING..........

BLOG
806
paparan
sejak 22 Ogos'19