PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK NOOR MOHAMAD BIN SHAKIL HAMEED
PEGAWAI TADBIR
BAHAGIAN PERANCANGAN KORPORAT
nmohd77
BM
EN

KARENAH BIROKRASI

- 11 Sep 2008
1. DEWASA INI PELBAGAI USAHA DILAKUKAN OLEH SEMUA AGENSI KERAJAAN BAGI MEMBENDUNG KARENAH BIROKRASI DI PELBAGAI PERINGKAT DALAM SEMUA URUSAN DI PEJABAT KERAJAAN.

2. ALHAMDULILLAH BANYAK JUGA PERUBAHAN YANG DAPAT KITA LIHAT MISALNYA DI IMIGRESEN, JABATAN PENDAFTARAN NEGARA DAN SEBAGAINYA.

3. TETAPI MASIH TERDAPAT BANYAK AGENSI KERAJAAN YANG TAK BOLEH BENDUNG KARENAH BIROKRASI MEREKA SENDIRI.

4. RAKYAT / ORANG AWAM MASIH MARAH, BOSAN DAN JEMU DENGAN PELBAGAI PERATURAN DAN KEHENDAK DI JABATAN KERAJAAN.

5. MASALAH PENGGUNAAN BORANG YANG BANYAK, PERUBAHAN BORANG YANG KERAP, PERLU PENGESAHAN PELBAGAI PIHAK UNTUK SESUATU PERMOHONAN DAN PERLU TUNGGU LAMA UNTUK DAPAT KEPUTUSAN ADALAH ANTARA PERKARA YANG SERING MENJADI RUNGUTAN KITA BERSAMA.

6. KITA DAH 51 TAHUN MERDEKA DAN DENGAN BANGGANYA MENGATAKAN BAHAWA SEDANG MAJU KE HADAPAN DAN CANGGIH DARI SEGALA SEGI TETAPI KENAPA MASALAH INI MASIH TIDAK DAPAT DIATASI?

7. BARU-BARU INI RAKAN SAYA MERUNGUT NAK DAFTAR ANAK KE SEKOLAH PUN SEKARANG PIHAK SEKOLAH SURUH MINTAK PENGESAHAN DARIPADA PENGHULU/PEGAWAI KATEGORI "A" DALAM BORANG YANG SEBELUM INI TIDAK PERLU.

8. MAKSUDNYA KITA SERING MENGADA-ADAKAN PELBAGAI PERATURAN DAN UNDANG-UNDANG YANG BARU YANG SEBENARNYA SEMAKIN MENYUSAHKAN ORANG RAMAI.

9. AGENSI KERAJAAN SEPATUTNYA MENCARI JALAN UNTUK MEMUDAHKAN SESUATU URUSAN SUPAYA KEDUA-DUA PIHAK DAPAT MANFAATNYA.

10. SAYA SENDIRI BARU-BARUI INI TERKENA DENGAN KARENAH KECUAIAN DAN KETIDAKTELITIAN PEGAWAI PTPTN BERKAITAN JUMLAH BAKI PINJAMAN SAYA.

11. INI SEMUA JELAS MENUNJUKKAN KITA BELUM CUKUP SERIUS DALAM MENANGANI KARENAH BIROKRASI YANG SEMAKIN BERLELUASA DI BEBERAPA JABATAN KERAJAAN.

12. MEMANGLAH TIDAK ADIL UNTUK SALAHKAN SEMUA JABATAN KERAJAAN DISEBABKAN SEGILINTIR YANG BERMASALAH TETAPI APAKAN DAYA KITA SUDAH TERBIASA DENGAN PEPATAH "KERANA NILA SETITIK ROSAK SUSU SEBELANGA".

13. KITA JUGA PERLU RISAUKAN KESAN DAN AKIBAT DARIPADA KARENAH BIROKRASI INI DI MANA IANYA TURUT MEMAINKAN PERANAN YANG PENTING DALAM MENINGKATKAN INDEKS RASUAH NEGARA KITA.

14. PELBAGAI PERATURAN/RED TAPE YANG MEMOSANKAN DAN MENYUSAHKAN MENYEBABKAN ORANG RAMAI TERPAKSA MEMBERI DUIT KOPI ATAU PEGAWAI YANG BERKAITAN ITU SENDIRI TERDORONG UNTUK MEMINTA RASUAH/HABUAN.

15. JUSTERU KITA PERLU MEMIKIRKAN LANGKAH YANG SEWAJARNYA UNTUK MEMBENDUNG GEJALA INI SEBELUM IANYA MENJADI LEBIH PARAH DAN MEMBINASAKAN NEGARA KITA.

16. NEGARA KITA TANGGUNGJAWAB KITA.

BLOG
800
paparan
sejak 22 Ogos'19