A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK MUHAMMAD ARIF BIN NAJAMUDIN
PENOLONG JURUTERA
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
nm_arif
BM
EN

Setting Call Forwarding untuk pengguna Putracomm

- 05 Dec 2019
Panduan Tetapan Mengalih dan Memajukan Panggilan (Call Forwarding) untuk pengguna Putracomm

A. Pengguna aplikasi Putracomm/an-IP Phone
1. Buka aplikasi Putracomm di telefon pintar.
2. Pilih setting (ikon di sebelah kanan dan atas, android lambang 3 titik bertindan dan ios lambang gear).
3. Pilih Account setup - Web Self Care - Call Forwarding
4. Ada 4 kaedah tetapan untuk membuat Call Forwarding
Always : Semua panggilan masuk akan dialihkan
Busy : Semua panggilan masuk akan dialihkan ketika talian sedang
digunakan/sibuk.
No Response : Semua panggilan masuk akan dialihkan sekiranya tidak
dijawab di dalam tempoh yang ditetapkan.
Not Available : Apabila pengguna mengalami masalah capaian internet/luar
kawasan liputan.

Untuk 4 tetapan Call Forwarding di atas, pengguna boleh memilih tetapan destinasi panggilan seperti berikut :

a. Destination-Number : Alih panggilan masuk ke talian lain.
Contoh : 1917, 097652945, 0139193431.

b. Destination-Voicemail: Alih panggilan masuk ke Voicemail.

c. Destination-Announcement: Pengumuman dalam bentuk rekod rakaman suara akan dimainkan. Sila hubungi Seksyen Telekomunikasi untuk maklumat lanjut.

B. Pengguna Set Telefon Meja (Deskphone)
1. Tekan Menu – Features – Call Forward
2. Pilih jenis Call Forward yang dikehendaki
Always Forward : Semua panggilan masuk akan dialihkan
Busy Forward : Semua panggilan masuk akan dialihkan ketika talian sedang
digunakan/sibuk.
No Answer Forward : Semua panggilan masuk akan dialihkan sekiranya tidak
dijawab di dalam tempoh yang ditetapkan.

3. Tekan ikon anak panah ◄ atau ► untuk menetapkan enabled/disabled.

4. Di ruangan Forward to, masukkan nombor destinasi yang akan dialih panggil.
Contoh : 1917, 0389471900, 0139193431, *76 (Voicemail).

5. Untuk pilihan No Answer Forward, guna ikon anak panah ◄ atau ► untuk menetapkan tempoh saat deringan sebelum panggilan dialihkan di ruangan After Ring Time.

6. Pilih Save untuk tetapkan semua perubahan.
7. Simbol ⮎ akan terpapar di skrin LCD telefon (Call Forward sedang diaktifkan)

NOTA :
Sekiranya pengguna menggunakan aplikasi Putracomm dan set telefon meja, tetapan hanya boleh dibuat di aplikasi Putracomm sahaja. Tetapan B hanya untuk pengguna set telefon meja tanpa menggunakan aplikasi Putracomm atau talian tidak dikongsi bersama dengan pengguna lain.

dibaca
822
IMEJ RAWAK
ARTIKEL
Setting Call Forwarding untuk pengguna Putracomm
BLOG
DEBUG