Topeng 101: Barong
- 16 Oct 2025

Topeng Bali mempunyai banyak karakter mitologi yang menarik. Salah satu adalah BARONG. Barong merupakan karakter yang selalu digunakan dalam tarian ataupun persembahan teater yang membawa maksud kebaikan dikalangan orang Bali. Ia menggambarkan raja kebaikan dan pelindung bagi mereka. Karakter Barong merupakan seorang lelaki.
Terdapat pelbagai topeng Barong dalam bentuk singa, harimau, gajah, monyet, babi dan lain-lain. Topeng Barong tidak bertanduk dan tidak mempunyai taring yang panjang berbanding topeng karakter yang lain. Barong juga terdapat dalam dalam beberapa warna yang mempunyai maksud yang tersendiri misalnya kuning (monyet/harimau), hitam ataupun merah (singa - keberanian dan kekuasaan). Barong babi (barong bangkal) boleh dikenali dengan mudah dengan melihat bentuk hidungnya.
Dalam persembahan, watak barong akan selalu bertarung dengan watak rangda yang membawa maksud kejahatan. Rangda merupakan watak wanita dan topengnya boleh dikenali dengan rambut yang panjang dan tidak tersusun.