PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK MOHD SHAFREE BIN AHMAD
JURUTERA
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
mshafree
BM
EN

Open Source: Protokol OpenID

- 03 Jun 2009
Salam,

Semalam (2 jun 09), berpeluang menghadiri satu track di MSC Open Source Conference
Berjaya Timesquare, bertajuk 'OpenID, OAuth ...'. Apa yg baru adalah satu protokol
open source OpenID telah mula digunakan dengan meluas.

OpenID membolehkan pengunjung laman web / pengguna aplikasi web login ke dalam sistem
dengan menggunakan ID yang sama dengan aplikasi lain. Maksudnya, x payah lagi pengguna
perlu daftar dan menggunakan ID baru setiap kali ingin menggunakan aplikasi yang baru.
Cukup dengan menggunakan ID yang sedia ada.

Buat masa ini, aplikasi2 yg menyokong menggunakan OpenID termasuklah Google, Yahoo,
Facebook (sekadar beberapa contoh utama). Jika anda sebagai pengguna ingin mendaftar
ke aplikasi baru di Internet dan sekiranya aplikasi tersebut menyokong OpenID, biasanya
ia hanya akan meminta anda mengisikan ID & password Goggle/Yahoo/Facebook dan sebagainya.

UPM?? belum lagi... perancangan terbaik setakat ini adalah menggunakan LDAP. Tapi masih
belum dilaksanakan.

Developer2 UPM camana? berminat? anda boleh bermula disini:
1. Wikipedia
2. Wikipedia

Apabila developer2 telah biasa dengan OpenID ni, pendaftaran pengguna tidak diperlukan
lagi dalam aplikasi2 UPM. Cukup dengan menggunakan protokol OpenID.


Iklan :-)

1. Sekiranya anda berminat utk membincangkan aktiviti2 open source
tanpa mengira jawatan / ptj dan sebagainya, sila email saya untuk
saya masukkan email anda dalam mailinglist open source UPM.

IMEJ RAWAK
test
cubaan kualiti gambar
sblm trip to terengganu
BLOG
2217
paparan
sejak 22 Ogos'19