A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK NIK MOHD YUSRI BIN NIK HARUN
JURUTERA
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
mohdyusri
BM
EN

Perkhidmatan Auto Attendant/Interactive Voice Response PUTRACOMM

- 02 Sep 2020
Sistem Putracomm yang baru ini dilengkapi dengan perkhidmatan Auto Attendant/Interactive Voice Response.

Tindakbalas Suara Interaktif Interactive Voice Response adalah ciri sistem telefon di mana pemanggil berinteraksi dengan sistem Putracomm melalui pesanan suara yang dirakam. Sistem ini menetapkan auto attendant untuk menerima panggilan anda, pemanggil akan mendengar rakaman interaktif, dan seterusnya akan membantu mereka untuk tujuan tertentu.

Contoh Sistem IVR :

Contoh #1 :
Terima kasih kerana menghubungi Helpdesk IDEC.
Untuk pertanyaan berkenaan sistem ICT, sila tekan 1.
Untuk laman web, sila tekan 2.
Untuk bantuan teknikal, sila tekan 3.
Untuk pertanyaan lain-lain, sila tekan 4.
Untuk mengulangi mesej ini, sila tekan 0.

Contoh #2 :
We are sorry to inform that you are trying to reach us outside of our working hours.
Please call us again from 8 am to 5 pm within weekdays. Please emel us at, idec_stm@upm.edu.my for more inquiries.
If you wish to leave us a voice message, please press 1.
If you wish to end this call, please press 0.


Contoh Auto attendant:

Contoh #1 :
Nombor yang anda dail, sedang digunakan. Sila cuba sebentar lagi.

Contoh #2 :
Pengumuman Am : Seksyen Telekomunikasi IDEC adalah satu sekyen yang bertanggungjawab untuk menguruskan...
Lagu Rasmi Universiti Putra Malaysia : *play song*

Sistem IVR ini sesuai untuk digunapakai oleh organisasi yang:
1. mengendalikan jumlah panggilan masuk yang banyak
2. mengendalikan panggilan antarabangsa yang berbeza waktu kerja.

Namun, kebanyakan organisasi telah bertukar menggunakan pengendali(operator)/petugas kerana kaedah ini lebih menekankan faktor "human interaction". Contoh Operator UPM talian 0397691000 menugaskan seorang pengendali. Kita pun tension juga kalau mesin yang selalu angkat call 😄.

Untuk mengetahui lebih lanjut berkenaan perkhidmatan ini, sila hubungi talian berikut:
Nik Mohd Yusri Bin Nik Harun - 03-9769 1917
Muhammad Arif Bin Najamuddin - 03-9769 1919

dibaca
1388
ARTIKEL
Perkhidmatan Auto Attendant/Interactive Voice Response PUTRACOMM
Setting Call Forwarding untuk pengguna Putracomm
Perkhidmatan Sidang Suara (Voice Conferences)
Penggunaan Webphone Putracomm di Laptop/PC/Tablet
Pemasangan Aplikasi PUTRACOMM untuk Telefon Pintar