A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK NIK MOHD YUSRI BIN NIK HARUN
JURUTERA
PUSAT PEMBANGUNAN MAKLUMAT DAN KOMUNIKASI
mohdyusri
BM
EN

Perkhidmatan Sidang Suara (Voice Conferences)

- 23 Oct 2019
Untuk mesyuarat atau sesi perbincangan berskala kecil, boleh dibuat satu sesi sidang suara menggunakan sistem telefon.

Sebagai contoh, mesyuarat JK5S di PTJ, ramai ahli tidak dapat hadir kerana komitmen tugas hakiki. Namun, perlu ada maklumbalas daripada ahli yang tidak dapat hadir sama.

Pihak STM sebagai administrator memerlukan maklumat awal dari pihak pemohon untuk kami mengadakan sesi tersebut. Pihak kami akan membuka Conference Room (dedicated line : 03-97698000) dan memberikan room number dan pin number kepada pemohon/wakil PTJ untuk diagihkan kepada peserta.

Maklumat yang diperlukan adalah seperti berikut :

1. Tajuk Mesyuarat :
2. Hari :
3. Tarikh :
4. Tempoh Mesyuarat :
5. Senarai Ahli (sekiranya perlu dijemput melalui emel):

Sila emelkan maklumat yang diperlukan di atas kepada idec_stm@upm.edu.my


Panduan Penggunaan

Untuk pengguna talian dalaman UPM :
1. dail ext 8000 atau *72
2. masukkan Room Number (yang akan diberikan oleh pihak kami), diikuti butang #
3. masukkan Pin Number (yang akan diberikan oleh pihak kami), diikuti butang #

Untuk pengguna talian luar (Mobile/landline bukan UPM) :
1. dail 0397698000
2. masukkan Room Number (yang akan diberikan oleh pihak kami), diikuti butang #
3. masukkan Pin Number (yang akan diberikan oleh pihak kami), diikuti butang #

dibaca
892
ARTIKEL
Perkhidmatan Auto Attendant/Interactive Voice Response PUTRACOMM
Setting Call Forwarding untuk pengguna Putracomm
Perkhidmatan Sidang Suara (Voice Conferences)
Penggunaan Webphone Putracomm di Laptop/PC/Tablet
Pemasangan Aplikasi PUTRACOMM untuk Telefon Pintar