A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK MOHAMMAD HISHAM BIN OMAR
PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI)
PEJABAT TIMBALAN NAIB CANSELOR ( PENYELIDIKAN & INOVASI )
mhisham_omar
BM
EN

BALAH

- 04 Mar 2021
Persamaan antara kita
ada dua yang serupa
warna rambut dan jiwa.
Itu yang ketara.

Berbeza pendirian juga jelas.
Kau dan aku suka berbahas
kadang suka, kadang rimas
hingga kita berbalah tegas.

Tapi,
itu yang melengkapkan kita
itu jugalah menjadi kisah kita
tatkala senja umur tiba
kisah itu yang menyatukan kita
yang menjadi pengubat rindu lara
hingga umur berhenti kiraannya.

Kenangan itulah yang akan dicerita semula,
Andai rindu masih membara.

dibaca
314
IMEJ RAWAK
BLOG
Mac 2021
BALAH