Inovasi vaksin influenza burung untuk kesihatan unggas dan kestabilan industri
- 14 Sep 2025
Inovasi vaksin influenza burung
Influenza burung, yang lebih dikenali sebagai selesema burung, terus menjadi cabaran besar kepada industri unggas di seluruh dunia. Wabak virus ini bukan sahaja menjejaskan kesihatan ternakan tetapi juga memberi kesan ekonomi yang serius kepada penternak dan pihak berkepentingan dalam industri. Virus ini beredar dalam populasi burung liar secara semulajadi dan boleh menjangkiti unggas ternakan, serta bermutasi menjadi jenis yang sangat patogenik, menyebabkan jangkitan secara meluas, penghapusan ternakan secara besar-besaran untuk menyekat jangkitan, dan sekatan perdagangan. Sifat zoonotik beberapa jenis virus ini dengan merentas halangan spesies dan menjangkiti manusia menambah lagi keperluan untuk langkah kawalan penyakit yang berkesan. Kemajuan terkini dalam teknologi vaksin menawarkan penyelesaian memberangsangkan untuk cabaran ini, dengan meningkatkan keselamatan bio dan kestabilan ekonomi dalam sektor unggas.
Sebahagian besar strategi vaksinasi tradisional terhadap influenza burung bergantung pada vaksin virus yang tidak aktif atau telah dimatikan. Vaksin ini dihasilkan dengan memperbanyakkan virus dalam jumlah besar di bawah keadaan makmal yang terkawal, sebelum dinyahaktifkan secara kimia agar tidak dapat membiak dan menyebabkan penyakit. Walaupun kaedah ini berkesan dalam mengurangkan wabak selama bertahun-tahun, ia mempunyai beberapa kekurangan. Proses pengeluaran vaksin jenis ini mengambil masa yang lama, dan terdapat sedikit risiko virus tidak dinyahaktifkan secara sepenuhnya, yang boleh menjejaskan keselamatan. Selain itu, vaksin ini biasanya hanya melindungi terhadap strain virus tertentu dan menjadi masalah kerana kadar mutasi influenza burung yang tinggi. Apabila varian baharu muncul, keberkesanan vaksin yang dahulunya berkesan boleh terjejas, seterusnya meningkatkan keperluan untuk platform vaksinasi yang lebih versatil dan boleh beradaptasi dengan pantas.
Kemajuan dalam bioteknologi telah membawa kepada pembangunan platform vaksin baharu yang menangani kelemahan kaedah tradisional. Salah satu inovasi ialah vaksin vektor virus rekombinan. Pendekatan ini menggunakan virus yang kurang agresif, seperti fowlpox atau virus penyakit sampar ayam, yang telah diubahsuai secara genetik untuk membawa gen yang mengekod antigen influenza tertentu. Apabila disuntik kepada unggas, vektor ini menjangkiti sel perumah, yang kemudiannya menghasilkan antigen virus dan merangsang tindak balas imun. Teknologi ini menawarkan beberapa kelebihan, antaranya adalah pengeluaran vaksin yang lebih pantas selepas turutan genetik antigen sasaran diketahui, peningkatan keselamatan melalui penggunaan vektor bukan patogenik, dan dalam beberapa kes, menyokong strategi DIVA (Differentiating Infected from Vaccinated Animals). Vaksin DIVA sangat bernilai kerana ia membolehkan perbezaan jelas antara burung yang telah divaksin dan yang dijangkiti secara semulajadi, sekali gus memudahkan pemantauan penyakit dan pengurusan wabak. Pendekatan inovatif lain ialah pembangunan vaksin zarah seakan virus (VLP). VLP meniru struktur virus sebenar tetapi tidak mengandungi bahan genetik yang diperlukan untuk replikasi, menjadikannya tidak berjangkit. Ciri ini menjadikan vaksin VLP sangat selamat kerana ia boleh merangsang tindak balas imun yang kuat tanpa risiko menyebabkan penyakit. Selain itu, vaksin VLP boleh meningkatkan imunogenisiti dengan mendedahkan antigen dalam konformasi asalnya. Rekabentuk VLP yang anjal membolehkan antigen daripada strain baharu yang muncul dikemaskini dengan pantas, menjadikannya alat serbaguna dalam usaha menentang influenza burung.
Penyelidikan juga sedang mengkaji potensi vaksin berasaskan asid nukleik, seperti vaksin DNA dan mRNA, dalam bidang perubatan veterinar. Vaksin ini berfungsi dengan memperkenalkan bahan genetik yang mengekod antigen influenza dalam bentuk asid nukleik, ke dalam sel perumah, yang kemudiannya menghasilkan antigen dan mencetuskan sistem imun. Kelebihan utama vaksin asid nukleik termasuk pembangunan pantas dan proses pembuatan berskala yang mudah. Ia mampu merangsang tindak balas imun melalui antibodi dan sel, seterusnya menawarkan perlindungan yang lebih luas dan tahan lama berbanding vaksin tradisional. Meskipun masih dalam fasa pembangunan untuk penggunaan dalam unggas, vaksin ini berpotensi besar untuk digunakan dengan segera sekiranya berlaku wabak.
Implikasi praktikal platform vaksin baharu ini merangkumi kedua-dua penternak unggas dan industri. Salah satu faedah yang paling ketara adalah peningkatan keselamatan bio. Dengan memvaksin ternakan menggunakan vaksin yang memberikan perlindungan meluas dan tahan lama, penternak boleh mengurangkan risiko penyebaran influenza burung, sekali gus mengurangkan kemungkinan wabak besar. Dalam operasi ternakan yang padat di mana penularan penyakit boleh berlaku dengan cepat dan memberi kesan yang serius, program vaksinasi yang kukuh adalah penting untuk mengekalkan kesihatan dan produktiviti ternakan. Selain itu, vaksinasi yang berkesan membantu menstabilkan pasaran unggas dengan meminimumkan kerugian ekonomi, mengurangkan keperluan untuk langkah kawalan drastik seperti penghapusan ternakan secara besar-besaran, serta mengekalkan kestabilan rantaian bekalan unggas.
Industri ternakan juga mendapat manfaat ekonomi secara menyeluruh. Dengan kawalan penyakit yang lebih baik, perdagangan dan keadaan pasaran akan menjadi lebih stabil dan kos berkaitan pengurusan wabak dapat dikurangkan. Di samping itu, keperluan untuk langkah keselamatan bio yang mahal dapat dikurangkan dan produktiviti ladang unggas dapat dipertingkat. Penambahan strategi DIVA ke dalam platform vaksin membantu pihak berkuasa untuk memantau dan mengurus wabak penyakit dengan lebih berkesan. Kemampuan ini bukan sahaja menyokong usaha kesihatan awam tetapi juga menyumbang kepada industri unggas yang lebih kukuh dan stabil dari segi ekonomi.
Walaupun platform vaksin mempunyai prospek yang tinggi, masih terdapat cabaran dalam pembangunan dan penggunaannya secara meluas. Salah satu halangan utama ialah sifat virus influenza yang sentiasa berkembang. Kadar mutasi yang tinggi dalam influenza burung menjadikan vaksin influenza mesti dikemaskini secara berterusan untuk menyesuaikan dengan strain yang sedang menular. Pemantauan dan pembaharuan vaksin secara berterusan memerlukan pelaburan besar dalam penyelidikan serta mekanisma tindak balas yang pantas. Halangan kawal selia juga menjadi cabaran kerana vaksin baharu mesti menjalani ujian dan proses kelulusan yang ketat bagi memastikan tahap keselamatan dan keberkesanan sebelum boleh digunakan secara meluas. Walaupun proses ini penting untuk melindungi kesihatan awam dan haiwan, ia kadangkala boleh melambatkan proses pelancaran vaksin inovatif ke pasaran. Oleh itu, perjalanan kompleks dari vaksin eksperimen ke aplikasi di ladang memerlukan kerjasama utuh antara penyelidik, pakar industri dan badan kawal selia. Latihan dan pendidikan juga merupakan komponen penting dalam penggunaan vaksin baharu. Penternak unggas dan wakil profesional industri perlu mendapat maklumat yang tepat mengenai kaedah pengurusan vaksin, penyimpanan dan pengendalian yang betul untuk memastikan keberkesanan dan keselamatan yang optimum. Perkhidmatan lanjutan dan persatuan industri memainkan peranan penting dalam menyebarkan maklumat dan menyediakan latihan praktikal. Komunikasi berasaskan sains yang jelas juga penting untuk mengatasi sebarang salah faham awam mengenai teknologi baharu, terutamanya yang melibatkan kejuruteraan genetik dan bioteknologi inovatif.
Kesimpulannya, perkembangan terkini dalam platform vaksin influenza burung daripada vaksin vektor virus rekombinan dan VLP kepada vaksin berasaskan asid nukleik memberi gambaran tentang perubahan besar dalam usaha memerangi influenza burung. Pendekatan inovatif ini menawarkan kepantasan dari segi masa pengeluaran, meningkatkan keselamatan serta memberi perlindungan lebih luas terhadap virus yang sentiasa berubah. Dengan penyelidikan dan pembangunan yang terus berkembang, kerjasama antara saintis, badan kawal selia dan pihak berkepentingan daripada industri dan kerajaan akan menjadi kunci untuk merealisasikan potensi maksima vaksin ini, sekali gus menggalakkan industri unggas yang lebih berdaya tahan dan mampan.
**Prof. Madya Dr. Mariatulqabtiah Abdul Razak dan pasukannya berada di barisan hadapan dalam perjalanan saintifik ini, seterusnya menyumbang kepada penyelidikan berharga yang merapatkan jurang antara bioteknologi termaju dan penyelesaian praktikal untuk kawalan penyakit. Kajian mereka melambangkan semangat inovasi yang penting dalam mengatasi salah satu cabaran paling berterusan dalam kesihatan unggas hari ini.