A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
ENCIK MUHAMMAD ABDUL RAHIM BIN HABIB
PEGAWAI PSIKOLOGI
UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA KAMPUS BINTULU SARAWAK
mah_rahim
BM
EN

SELAMAT DATANG



MUHAMMAD ABDUL RAHIM BIN HABIB
Pegawai Psikologi/Kaunselor Berdaftar
Bahagian Hal Ehwal Pelajar
Fakulti Sains Pertanian dan Makanan
Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak
97008 Bintulu Sarawak
Tel (Pejabat) : 086-855358

KELAYAKAN PROFESIONAL

Organisasi : LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA
No. Perakuan Pendaftaran : KB00565
No Piawaian Amalan Dwitahunan : PA01420

BIODATA

Muhammad Abdul Rahim bin Habib telah dilahirkan pada 9 Oktober 1982 di Lawas Sarawak dan kini menetap di Kampung Assyakirin Bintulu.

Beliau sekarang merupakan Pegawai Psikologi S48 di Universiti Putra Malaysia Kampus Bintulu Sarawak bermula tahun 2008 hingga sekarang. Beliau sebelum itu pernah berkhidmat di Yayasan Kemajuan Insan (YAKIN) sebuah NGO dibawah Kerajaan Negeri Sarawak sebagai Pegawai Sukarelawan pada tahun 2006.

Menyentuh tentang latarbelakang pendidikan, beliau merupakan graduan dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan telah mendapat Ijazah Sarjana Muda Kaunseling dengan Kepujian pada tahun 2006.Sekarang beliau sedang menjalani cuti belajar dan mengambil Master Pendidikan Bimbingan dan Kaunseling di Universiti Putra Malaysia.

Antara pencapaian beliau, beliau pernah mendapat Anugerah Kecemerlangan dari Setiausaha Kerajaan Negeri Sarawak pada tahun 2017 atas sumbangan dalam Sarawak Civil Service Communities of Practice (SCS-COP). Beliau pernah memenangi Pingat Perak dalam Invention & Innovation Award 2018,The 17th Malaysia Technology Expo 2018 (MTE 2018), Pingat Emas di Inovasi Kaunseling pada Konvensyen Kaunseling Kebangsaan kali ke-20 di Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pingat Perak di Innovation Technology Expo (INTEX 2017) di Universiti Malaysia Sarawak.

Menyentuh tentang latihan kepakaran yang di ikuti, beliau telah ditauliahkan sebagai Pengamal NLP oleh National Federation of Neuro Lingustic Programming dari Amerika Syarikat. Antara kursus NLP yang dihadiri ialah Assessing Personal Genius (APG/NS), Language and Behavioral Profile (SS/Canada), Certified NLP Coaching (ANLPM / M'Sia) dan Trainer NLP for Student (ANLPM/Msia). Beliau juga merupakan pemegang tauliah Laughter Yoga Leader dari India dan Sidek Personality Test Certification.

Antara agensi yang terlibat dalam konsultasi beliau ialah LPPKN, Jabatan Ketua Menteri Sarawak, Bintulu Development Authority, Kementerian Kesihatan Malaysia, Insititut Kemahiran MARA, Maktab Rendah Sains MARA, Hospital Columbia Bintulu, Institusi Pengajian Tinggi, sekolah-sekolah rendah dan menengah serta pelbagai agensi awam dan swasta.


IMEJ RAWAK
BLOG TERKINI