SELAMAT DATANG
Prof. Dr. Jusang Bolong ialah Profesor di Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia. Beliau berkelulusan dalam Diploma Pertanian (UPM), Bacelor Sains Pertanian (UPM), Master Sains Komunikasi Pembangunan (UPM) dan Ijazah Kedoktoran dalam Komunikasi Kemanusiaan (UPM). Kajian-kajian beliau mengupas isu-isu komunikasi kemanusiaan, komunikasi maya dan komunikasi pembangunan. Beliau pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Dekan (Penyelidikan dan Inovasi) Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, UPM pada tahun 2014 hingga Jun 2019. Buku akademik yang telah dihasilkan sama ada secara persendirian dan bersama penulis lain adalah Komunikasi Bunuh Diri (2021), Panduan Penyelidikan Komunikasi: Kaedah Kuantitatif (2016), ENGOs and Website Strategies for Environmental Sustainability (2014). Minda Komuniti Maya, (2011) dan Cabaran Komunikasi Masa Kini (2008).