A
PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN IZZATUSSOFIA BINTI BAHARUDIN
JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
izzatussofia
BM
EN

Mataku berkaca

- 22 Nov 2019
Ok.. next..laungku untuk memanggil pesakit seterusnya yang menunggu untuk mengambil darah

Daripada fizikal, nampak tanda-tanda patient ni pesakit kanser. Kepalanya licin, ada rambut halus.. sama... macam arwah abah aku, 2 bulan sebelum beliau kembali mengahadap Illahi.
“Macamana ek aku nak tanya pesakit ni, tak kan nak tanya, uncle pesakit kanser ke? Buatnya bukan naya je aku”.

Sambil belek2 botol untuk tahu berapa cc yang aku kena draw blood dia.., aku sahkan nama pesakit, dan.. mulakan bicara.. uncle sihat? Ambil fbc ni.. ada demam ke.., batuk? “Tak de.., tapi saya pesakit kanser.., kanser pancreas”. Tepat sekali tekaan aku!

Sambil memasang torniquet, aku tanya.. wah.. tapi uncle nampak sihat..! “Saya dah buat 12 round chemo, sekarang doktor dah tukar ubat baru..” ujar uncle.

Sebenarnya saya tak berani nak ambil darah pesakit kanser ni uncle, sebab bila dah buat chemo, vein akan jadi halus” sambil aku cucuk dan draw darah 1.5cc . “Tapi you did well, smooth je” komen uncle.. “ini rezeki uncle pagi ni..” sambil aku bersyukur memujiNya kerana memudahkan urusanku.

Sepanjang prosedur berlangsung.. mataku berkaca..., kenapa you look so sad? tanya uncle. “My late father pun cancer fighter uncle.., sarcoma cancer, dia sangat positif dan kuat, bersemangat, sebab tu dia boleh bertahan hampir 10 tahun selepas disahkan ada ketumbuhan”

Lantas kami bertukar cerita tentang kisah abah aku dan kisah kanser dia.. “sebenarnya spirit dalaman pun ubat kanser juga..” kata uncle. Uncle, saya doakan uncle bebas dari cancer soon! 💪🏻💪🏻💪🏻 & positif ya!

dibaca
433
BLOG