PROFILE
Laman Web Staf UPM
PUAN IZZATUSSOFIA BINTI BAHARUDIN
JURUTEKNOLOGI MAKMAL PERUBATAN
PUSAT KESIHATAN UNIVERSITI
izzatussofia
BM
EN

Emosi VS Kerja

- 22 Nov 2019
4.30am:
Siap pam susu, bagi Maream minum susu, tu lah rutin baru sejak Maream masuk 4 bulan. I am totally change to ep-mom ( baby reject direct feeding), awal lagi ni, set alarm 5.30 am, sambung tido.

Dalam kepala ingat, husband kata hari ni ada pot luck, kawan2 lab request bawa jemput-jemput (cucur) orang rumah ajib. Apa yang sedap sangat pun tak tahu lah.. sama je mcm orang lain buat.

Sekali..... haa... tengok jam da pukul 6.45am. Ya Allah.... kelaut! Terlelap rupanya!

Cepat-cepat aku bangun ambil wuduk, tunaikan kewajipan pada yang Esa. Usai selesai, dengan pantas aku ke dapur siapkan bahan2 untuk buat jemput-jemput, masak bubur untuk Maream, buatkan susu untuk Abang Rif’at. Tak lupa bento untuk aku jugak!

Fuh penat! Laju aku bermonolog.. “relaks Opie.. bulan ni kau jadi drakula.. kau kena relaks, tak leh kelam kabut.. nanti semua ambil darah tak kena..

Sattle semua urusan rumah, hantar anak pergi rumah pengasuh.., pasang lagu Muhammad Nour, serius, siapa dengar lagu ni mesti bersemangat, terus pandu kereta pergi ke tempat kerja.

Alhamdulillah urusan ambil darah hari ini semua dipermudahkan. Penuh dah satu tong kuning ni.

BLOG
444
paparan
sejak 22 Ogos'19